Mayat lelaki dibakar selepas dibunuh ditemui berhampiran Empangan Semenyih

Photo of author

By Syima Iza

Angkara hutang RM7,000 menyebabkan seorang lelaki dibunuh dan mayatnya dibakar di kawasan semak berhampiran Empangan Semenyih. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pada jam 10.07 pagi 23 Jun lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan berkaitan mayat yang dijumpai dalam keadaan terbakar di lokasi itu.

Menurutnya, bertindak atas maklumat awam dan siasatan polis, pada 11 Julai lalu, polis menahan empat lelaki berusia 18 tahun yang juga rakan mangsa berusia 28 tahun di Batu 14 Hulu Langat, bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang ditangkap positif dadah jenis methamphetamine dalam ujian awal saringan air kencing manakala dua daripada mereka mempunyai lebih 20 rekod jenayah lampau.

Mayat lelaki dibakar selepas dibunuh ditemui berhampiran Empangan Semenyih

Motif kejadian disebabkan isu hutang apabila mangsa yang tidak bekerja berhutang RM7,000 dengan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan esok di Mahkamah Kajang manakala seorang lagi akan dijadikan saksi pendakwaan.

Sumber

Baca Juga:
Kisah benar menantu jadi hamba di rumah mertua setiap kali raya
Kecoh suara perempuan nyanyi lagu Jawa setiap malam jumaat dalam pejabat ketua kampung
Pemandu e-hailing hilang selepas maklum hantar pelanggan ke Teluk Intan