Mayat dua wanita sudah kembung, berbau busuk ditemui di dalam kereta

Photo of author

By Syima Iza

Mayat dua wanita ditemukan dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, di sini, semalam.

Insiden kira-kira jam 5.30 petang itu disedari oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan meminta bantuan membuka pintu kereta yang terkunci.

Mayat dua wanita sudah kembung, berbau busuk ditemui di dalam kereta

“Sebaik tiba, pasukan penyelamat yang lengkap dengan pemakaian PPE (pakaian perlindungan diri) berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas.

“Terdapat dua mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan yang kemudian pihak kami menyerahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.

Difahamkan, dua wanita yang dipercayai berusia lingkungan 20-an berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari susulan mayat mereka sudah kembung dan berbau busuk.

Seorang daripada mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan, namun identiti kedua-duanya belum dapat disahkan buat masa ini.

Mayat kedua-dua wanita terbabit dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat.

Sumber

Baca Juga:
Suami isteri pempengaruh ditahan SPRM, didakwa seleweng kutipan derma
Warga Malaysia diculik di Bangkok selepas diperdaya rakan sendiri diselamatkan tentera Mynmar
Ibu pemilik kebun minta maaf, beritahu anak letak racun