Mayat bayi berbalut tuala ditemui dalam tong sanitasi bersama nota ‘minta maaf’

Photo of author

By Syima Iza

Mayat bayi berbalut tuala ditemui dalam tong sanitasi bersama nota ‘minta maaf’.

Mayat bayi perempuan dibalut dengan tuala ditemui dalam tong sanitasi di sebuah pusat beli-belah di daerah ini, semalam.

Lebih menyayat hati, cebisan nota turut ditemukan bersama mayat terbabit tertera mesej dipercayai ditulis ibu atau bapa bayi malang itu.

Mayat bayi berbalut tuala ditemui dalam tong sanitasi bersama nota 'minta maaf'

“Saya meminta maaf dan meminta tolong mencari tempat sesuai untuk anak saya. Terima kasih pertolongan anda. Jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi,” demikian mesej pada nota itu.

Difahamkan mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui penyelia syarikat pembersihan ketika hendak menukar plastik tong sanitasi kira-kira jam 9.40 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, mengesahkan penemuan mayat bayi bersama nota terbabit.

“Kita sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian, selain melakukan risikan maklumat untuk mengenal pasti suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya.

Baca lagi:
Mak Jah sebak terima kerusi roda elektrik dari Datuk Rosyam Nor
Tak sampai 2 jam tiket konsert Siti Nurhaliza ‘sold out’, pecah rekod Ella!
Goda isteri orang di Terengganu boleh didakwa