“Mati nanti pun seorang diri dalam liang lahad” – Lelaki bergurau pasal mati sebelum maut disengat tebuan tanah

Photo of author

By Syima Iza

“Mati nanti pun seorang diri dalam liang lahad” – Lelaki bergurau pasal mati sebelum maut disengat tebuan tanah.

Hiba hati seorang suri rumah di sini mengenang nasibnya bersama tiga anak masih kecil selepas suami meninggal dunia akibat disengat tebuan tanah, semalam.

Masih bersedih, Norlinda Jamil, 34, berhasrat dapat berdikari mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak.

"Mati nanti pun seorang diri dalam liang lahad" - Lelaki bergurau pasal mati sebelum maut disengat tebuan tanah

“Saya sanggup buat apa sahaja kerja, membanting tulang empat kerat untuk membesarkan anak biarpun sukar untuk menempuh kehidupan tanpa arwah. Sukar untuk menerima kenyataan yang suami sudah tiada, apatah lagi dalam sekelip mata, tetapi saya reda kerana Allah lebih sayangkan dia,” katanya.

Terkejut dengan kehilangan suami, Halmi Tahrin, 42, Norlinda mengakui dia hampir pengsan selepas mendapat tahu suami meninggal dunia.

“Dua hari lalu, arwah minta saya pulang ke rumah keluarga saya di Felda Moakil bersama anak-anak. Dia menyertai aktiviti permotoran dan perkhemahan bersama rakan-rakannya sekitar Hutan Simpan di Jalan Temayong, Labis pada sebelah petang semalam.

“Arwah kata dia tak kisah ditinggalkan bersendirian di rumah kami di Felda Tenang. Katanya lagi nanti mati pun seorang diri juga dalam kubur. Tak sangka itu kata-kata terakhir suami sebelum maut dalam kejadian itu” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS), hari ini.

Norlinda berkata, suaminya yang juga kakitangan ladang sawit disengat tabuan tanah pada belakang badan kira-kira jam 2.25 petang semalam, ketika menyertai aktiviti perkhemahan dan permotoran.

“Bila dia cakap dalam kubur nanti akan bersendirian, saya anggap ia gurauan kerana arwah sangat sayang dan rapat dengan anak-anak kami,” katanya.

Dia mengakui banyak perubahan pada arwah sebelum meninggal dunia, termasuk berubah sikap menjadi amat penyayang dengan semua ahli keluarga.

“Arwah juga menjadi amat kelakar, gemar bergurau senda, sedangkan sebelum itu dia agak pendiam, selain sukar bergurau senda. Kami semua berasa pelik dengan sikapnya itu,” katanya.

Ibu tiga anak lelaki berusia lima, lapan dan 15 tahun itu berkata, rutin arwah bersalaman dengan anak-anak sebelum keluar, kini tinggal kenangan.

“Saya tak sangka perubahan yang banyak itu petanda dia mahu pergi menemui ilahi. Memang nampak perubahan itu, tapi saya tak fikir bukan-bukan, hanya anggap ia perkara biasa kerana mungkin arwah ingin berubah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Baca lagi:
Jutawan beri ‘elaun’ kepada isteri RM1.4 juta setiap kali hamil
Mayat sudah ‘berbau’ ditemui dalam Bezza di tapak jualan but kereta di Damansara
“Macam nak telan dia tengok” – Pemuda terpegun lihat kecantikkan Elisya Sandha raih perhatian ramai