‘Mati-mati aku ingat dia makan kaum sejenis dia, rupanya ketam ni sedang bersalin kulit’

Photo of author

By Syima Iza

‘Mati-mati aku ingat dia makan kaum sejenis dia, rupanya ketam ni sedang bersalin kulit’.

Kebiasaannya, haiwan seperti ular menyalin kulit untuk menggantikan kulit lama yang tidak lagi sesuai dengan saiz badan mereka dan untuk menyingkirkan parasit yang melekat pada badan.

Selain ular, ketam juga merupakan salah satu haiwan yang sering menukar kulitnya, seperti yang ditunjukkan dalam video tular baru-baru ini di mana seekor ketam sedang menyalin kulit lamanya.

'Mati-mati aku ingat dia makan kaum sejenis dia, rupanya ketam ni sedang bersalin kulit'

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna akaun @savageguy2023 di TikTok, dia menunjukkan seekor ketam sedang menolak keluar cangkerang lamanya dalam proses pertukaran kulit.

Pada mulanya, dia mengesyaki bahawa ketam tersebut sedang memakan spesiesnya sendiri, namun setelah diperhatikan dengan teliti, ternyata ketam itu sebenarnya sedang menjalani proses salin cangkerang.

“Ingatkan dia makan kaum sejenis dia, rupanya…” katanya.

Dalam video tersebut, ketam itu dilihat keluar secara perlahan-lahan daripada cangkerangnya yang lama menggunakan penyepitnya. Pada awalnya, situasi ini menampakkan seolah-olah ketam tersebut sedang memakan spesiesnya sendiri, yang menyebabkan kekeliruan kepada penonton. Namun, dengan bantuan kaki dan penyepit, ketam itu akhirnya berjaya melepaskan diri daripada cangkerang lamanya walaupun proses tersebut mengambil masa.

Sebab Ketam Salin Cangkerang

Mungkin kita tertanya-tanya, mengapa ketam perlu menukar cangkerang lama kepada yang baharu? Untuk pengetahuan, ketam tidak boleh tumbuh secara linear atau memanjang seperti kebanyakan haiwan lain. Ini kerana ketam mempunyai cangkerang luar yang keras, iaitu exoskeleton, yang tidak boleh berkembang. Oleh itu, ketam perlu melepaskan cangkerang lama supaya dapat tumbuh lebih besar.

Selain untuk tumbesaran, proses ini juga membantu ketam menyingkirkan parasit dan haiwan lain yang mungkin tumbuh pada cangkerang. Ia juga berfungsi untuk menyingkirkan cangkerang yang rosak akibat jangkitan bakteria.

Cara Ketam Salin Kulit

1) Sebelum Proses Salin Kulit

Seperti ular, ketam juga melalui proses salin kulit atau molting. Sebelum proses ini berlaku, ketam akan menyerap kalsium karbonat daripada cangkerang lama dan kemudian merembeskan enzim untuk memisahkan kulit lama daripada kulit baru di bawahnya atau epidermis. Epidermis kemudian akan merembeskan kulit baru yang lembut.

Ketam akan secara beransur-ansur menarik semua bahagian badannya keluar daripada cangkerang lama, beberapa milimeter pada satu masa. Proses untuk menghasilkan cangkerang baru di bawah cangkerang lama ini memerlukan beberapa minggu sebelum ketam benar-benar keluar dari kulit lamanya.

2) Semasa Proses Salin Kulit

Sehari sebelum proses salin kulit, tubuh ketam akan menyerap air laut dan mula membengkak seperti belon, yang membantu mengembangkan cangkerang lama dan menyebabkan ia terbelah.

Karapas kemudiannya akan terbuka seperti penutup, dan ketam akan mengeluarkan dirinya daripada cangkerang lama dengan menolak dan memapatkan semua kaki serta penyepitnya secara berulang kali.

Proses ini hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Ketam akan mula mengundur, kemudian menarik kaki belakangnya, diikuti kaki depannya, sebelum akhirnya keluar sepenuhnya dari cangkerang lama.

Apabila ketam selesai salin kulit, ia akan meninggalkan semua kaki, mata, mulut, dan insangnya. Hanya esofagus, lapisan perut, dan beberapa inci ususnya yang melekat pada cangkerang lama. Namun begitu, ketam yang kehilangan kaki boleh menumbuhkan kaki baharu kerana kemampuannya untuk tumbuh semula.

Cangkerang baru pada mulanya sangat lembut, tetapi dalam beberapa hari, ia akan mengeras dan menjadi lebih kuat dalam tempoh sebulan.

@savageguy2024 Demi sebuah kehidupan #terushidup #fyp #longervideos #ketam ♬ Sial – Mahalini

Baca Juga:
Jual cecair bisa kala jengking boleh jadi jutawan, satu gelen berharga RM173 juta
Pempengaruh terkenal dedah video dibelasah suami, tendang bayi
‘Tak sampai seminit, bergerak 5 meter’ lelaki tarik pesawat hanya menggunakan kelopak mata raih perhatian