“Mata tak berkedip”- Kucing sedih lihat video kawan-kawan jadi mangsa banjir.
Kucing telah menjadi haiwan peliharaan dan peneman manusia sejak zaman purba lagi. Gelagat si bulus yang manja dan comel sering kali mencuri hati sesiapa sahaja.
Justeru, tidak hairanlah ramai yang mudah jatuh cinta dan sanggup memelihara kucing apabila ada peluang. Setiap gerak-geri kucing mampu menghiburkan hati, sering kali mereka bertindak nakal atau cuba menarik perhatian pemiliknya.
Namun, di sebalik kenakalan itu, kucing juga mampu berasa sedih, walaupun perasaan itu sukar dilihat melalui ekspresi wajah atau air mata.
Kucing Terhibur Menonton Video Kucing Mangsa Banjir
Situasi ini terbukti apabila seekor kucing berwarna kelabu menjadi perhatian kerana reaksinya yang menyentuh hati. Dalam video tular yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @hanieyyy02, kucing tersebut kelihatan khusyuk menonton sebuah video mengenai kucing-kucing lain yang menjadi mangsa banjir.
Video berdurasi 1:02 minit itu menunjukkan kucing berkenaan menonton tanpa berkedip, seolah-olah memahami penderitaan rakan-rakan sejenisnya.
Pemiliknya sempat bergurau, menjadikan video itu sebagai peringatan supaya kucing tersebut lebih menghargai kehidupannya yang selesa.
“Maaf Amier… awak beruntung tidur bilik aircond, makan ayam seketul hari-hari. Lepas ini harap insaf la tak ada derhaka gigit tangan kaki mommy lagi…” gurau @hanieyyy02.
Tular di TikTok dengan 1.2 Juta Tontonan
@hanieyyy02 Sorry amier.. awk tu beruntung tidur bilik aircond makan ayam hari2 seketul…lepas ni harap insaf la x de derhaka gigit tangan kaki mommy lg..😌@AquArIuS🏂 ♬ original sound – Haney🦋
Video tersebut kini telah mendapat lebih 1.2 juta tontonan. Di ruangan komen, ramai warganet berasa terhibur dengan gelagat kucing itu, malah ada yang berkongsi keletah kucing peliharaan mereka yang mencuit hati.
Ada juga yang sempat bergurau, mencadangkan supaya pemilik kucing itu mengurangkan masa bermain telefon, bimbang si bulus menjadi ketagih.
“Mungkin lepas ni dah insaf. Jadi lebih baik nanti,” tulis seorang warganet.
“Saya tunjuk kat kucing saya, tiba-tiba kena rasuk berlari sana, panjat sana, terjun sana… Saya salah video ke?” komen seorang lagi warganet.
Gelagat kucing yang menonton video ini membuktikan betapa istimewanya hubungan antara manusia dan haiwan peliharaan, walaupun melalui momen yang lucu atau menyentuh hati.