Mata lelaki terbeliak ketakutan dibelit ular sawa ketika buang air besar

Photo of author

By Syima Iza

Mata lelaki terbeliak ketakutan dibelit ular sawa ketika buang air besar.

Sebuah klip video memaparkan detik mencemaskan ketika seorang lelaki hampir mati dibelit seekor ular sawa gergasi, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ketika kejadian, mangsa sedang membuang air besar di kawasan semak-samun berhampiran sebuah dusun di negeri Madhya Pradesh, India.

Mata lelaki terbeliak ketakutan dibelit ular sawa ketika buang air besar

Dalam rakaman itu, mata lelaki tersebut terbeliak ketakutan ketika ular sawa sepanjang 5.18 meter itu melilit tubuhnya.

Lelaki berkenaan difahamkan sedang membuang air besar di kawasan itu apabila dia diserang reptilia gergasi tersebut.

Bagaimanapun, jeritannya didengar oleh sekumpulan penduduk tempatan yang datang untuk membantu melepaskannya daripada lilitan ular itu.

Ketika mereka tiba, ular sawa itu sudah melilit leher mangsa sambil bersedia untuk menelannya.

Dalam klip video itu, beberapa lelaki didengari berkata, ‘bunuh’ ketika salah seorang daripada mereka menetak reptilia itu menggunakan sebilah kapak.

Mangsa difahamkan dibawa ke sebuah hospital untuk menerima rawatan.

Baca Juga:
Influencer’ dari Sarawak terkedu kena bayar ganti rugi RM13,000 selepas rosakkan jet ski di Langkawi
Jual lukisan bermula RM50, kini suri rumah satu level dengan pelukis terkenal, lukisannya dijual dengan harga ribuan ringgit
“Jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang”- Pelakon Tony Eusoff trauma bertahun-tahun kerana dicabul kaum sejenis