Mat Salleh punya tawar menawar lagi power daripada kita, suka sangat dapat beli dompet Gucci ‘fake’ RM100 di Petaling Street

Mat Salleh punya tawar menawar lagi power daripada kita, suka sangat dapat beli dompet Gucci ‘fake’ RM100 di Petaling Street

Bagi rakyat Malaysia, kita dah tahu pelbagai barangan yang dijual di Petaling Street murah-murah belaka. Namun, barangan tersebut bukanlah jenama sebenar, ia adalah palsu.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang Mat Salleh bertanya tentang harga dompet Gucci di salah satu kedai di Petaling Street.

Pada awalnya, dia membelek dompet Gucci yang bercorak ular dan ingin membelinya. Kemudian dia membelek lagi dompet warna hitam dan bertanyakan tentang harganya. Sebaik saja tahu harga dompet itu RM285, dia terus membatalkan niat.


Mat Salleh punya tawar menawar lagi power daripada kita, suka sangat dapat beli dompet Gucci 'fake' RM100 di Petaling Street

Dia siap membalas harga itu lebih mahal daripada kedai Gucci sebenar.

Tak sangka, dia sanggup tawar harga dengan penjual

Kemudian, dia lihat ingin membeli dompet Gucci yang bercorak ular itu. Dia terus menawar harga kepada penjual. Mat Salleh itu dilihat menghulurkan sekeping RM100 kepada penjual dan bertanyakan adakah dia mahu menjual dompet itu kepadanya atau tidak.

Akhir sekali, penjual itu terima duit tersebut dengan hati yang gembira.

“You happy, I’m happy” katanya.

Baca Juga:
Sekumpulan wanita Malaysia parking kereta secara ‘double park’ undang kemarahan rakyat Jepun
Cinta sejati! Wanita jaga suami koma selama 10 tahun akhirnya ‘terbayar’
Pemuda menangis kebingungan, sesat 10 kilometer kedalam hutan selepas guna aplikasi waze
CATEGORIES