“MasyaAllah mulianya hati”- Temubual owner Mydin dengan Molek FM raih perhatian ramai

Photo of author

By Syima Iza

“MasyaAllah mulianya hati”- Temubual owner Mydin dengan Molek FM raih perhatian ramai.

Kemuliaan hati Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, dalam mempermudahkan misi bantuan mangsa banjir oleh personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming, baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.

Percaya Penuh Kepada Khairul Aming

"MasyaAllah mulianya hati"- Temubual owner Mydin dengan Molek FM raih perhatian ramai

Dalam temu bual bersama Molek FM, Ameer berkongsi kisah bagaimana beliau memberikan sokongan kepada Khairul Aming untuk membantu mangsa banjir.

Menurut Ameer, kepercayaan penuh terhadap pempengaruh tersebut menjadi pendorong untuk beliau menghulurkan bantuan.

“Ketika itu saya sedang melihat telefon dan ternampak Khairul Aming sedang bersiaran langsung di Kelantan. Saya juga ingin mengetahui keadaan banjir di sana.

“Kemudian saya dengar dia susah nak beli barang. Jadi, saya katakan kepadanya, kalau nak ambil barang, pergilah ke mana-mana cawangan Mydin. Selepas banjir, kita akan duduk berbincang dan kira semula. Maknanya, saya beri hutang.

“Saya percaya kepada Khairul Aming dan ini adalah untuk memudahkan urusannya dalam keadaan darurat seperti ini,” jelas Ameer.

Niat Murni Untuk Membantu

@molekfm Masyallah mulianya hati Datuk Wira @Ameer Ali Mydin ni kan 🥹 Semoga Tuhan sahaja dapat membalas kebaikanya dan untuk mangsa banjir semoga dipermudahkan segalanya #MolekFM #MolekPagi #djnazzqila #PantaiTimur #infobanjir #banjirpantaitimur #molekfmsoghobantuanpantaitimur #suarabantuan ♬ original sound – Molek FM

Ameer turut menegaskan bahawa bantuan serupa turut diberikan kepada pihak lain, termasuk NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan), yang mengamalkan kaedah mengambil barang terlebih dahulu.

“Malah, banyak NGO dan GLC hanya menelefon untuk mengambil barang. Barang itu mesti sampai, soal bayaran kita kira kemudian.

“Insya-Allah semua akan bayar. Jika ada yang tidak membayar, kita halalkan sahaja. Ini kerana mereka melakukan kerja amal untuk membantu orang lain,” tambahnya lagi.

Tindakan Datuk Ameer Ali ini mendapat pujian ramai, mencerminkan semangat solidariti dalam membantu masyarakat yang memerlukan, terutama dalam situasi darurat seperti bencana banjir.

Baca Juga:
Isteri pilih jadi ‘childfree’ selepas tak yakin jawapan suami yang kuat main game ML
Wanita kongsi cara pelik simpan beras, 3 tahun pun masih elok!
Kedai makan beri sudu berkerak macam lidah ‘Lembu’ buat ramai geli tekak