‘Masya-Allah cantiknya’ bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam.
Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly setia menemani kekasih anaknya, Luth Mikhail, iaitu Baetrice Chitra, untuk memeluk Islam di sebuah masjid.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram, Sheila dan keluarganya hadir sebagai saksi ketika wanita tersebut mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang ustaz.
Sebaik mengucap dua kalimah syahadah, Baetrice, atau lebih mesra disapa Bae, tidak dapat menahan air mata apabila dia kini bergelar seorang mualaf.
Bukan hanya Bae, Luth juga kelihatan menangis teresak-esak ketika menyaksikan teman wanitanya memeluk Islam. Perkongsian Sheila itu pantas menarik perhatian ramai, termasuk selebriti yang meninggalkan komen positif serta tidak sabar menantikan penyatuan antara Luth dan Bae.
“Masya-Allah, cantiknya. Sebak pula tengok video ini. Semoga awak dan keluarga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah,” kata pelakon, Nurkhiriah.
@sheilarusly Alhamdulillah.. #sentiasabersyukur #alhamdulillah ♬ AlHijratu – Mohamed Youssef
“Ya Allah, cantik sungguh aturan Allah. Semoga dipermudahkan segalanya buat Mika, Aunty Ina (Zarina) doakan berkekalan hingga ke Jannah,” kata pelakon, Zarina Zainuddin.
“Alhamdulillah, sebak tengok video ini. Tahniah Luth Mikhail,” tulis pelakon, Dayana Roza.
Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Sheila bagi mendapatkan reaksinya serta maklumat terkini mengenai bakal menantunya tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab.