Masuk kandang singa untuk ‘selfie’, lelaki maut dibaham

Photo of author

By Syima Iza

Masuk kandang singa untuk ‘selfie’, lelaki maut dibaham.

Cubaan lelaki di India untuk berswafoto dengan singa mengundang bencana apabila dia dibaham haiwan itu ketika memasuki kandangnya di sebuah zoo di Andhra Pradesh.

Kisah itu menjadi bualan selepas mangsa Prahlad Gujjar, 38, berasal dari Alwar, Rajasthan meninggal dunia dalam kejadian di Taman Zoologi Sri Venkateswara, Triputi pada Khamis.

Masuk kandang singa untuk 'selfie', lelaki maut dibaham

Lelaki berkenaan dikatakan memasuki kandang singa yang dinamakan Dongalpur itu dan cuba mengambil gambar dengannya, namun haiwan terbabit menyerang dan membaham Gujjar sebelum penjaga zoo sempat bertindak.

Polis membuka kertas siasatan terhadap kes itu, manakala bedah siasat ke atas mayat mangsa masih dijalankan.

Siasatan juga untuk mengenal pasti punca kejadian, termasuk sama ada lelaki itu masuk ke kandang singa dalam keadaan mabuk.

Untuk rekod, zoo itu mempunyai tiga ekor singa termasuk dua lagi yang dinamakan sebagai Kumar dan Sundari.

Dongalpur yang mula dipamerkan kepada awam Khamis lalu, kini dipindahkan ke sangkar dan dikurung di bawah pemerhatian.

Baca Juga:
Cara mudah potong sisi tayar, boleh buat bekas tanaman untuk bercucuk tanam
Cuci cermin guna suratkhabar tapi masih tak berkilat? Ini cara yang betul yang masih ramai tak tahu
Guru bahasa Inggeris pilihan hati Kid Search