Maskot Visit Malaysia 2026 pula didakwa guna teknologi AI, anak pelukis tampil dedah perkara sebenar.
Anak kepada pelukis maskot Wira dan Manja bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM2026) turut mempamerkan beberapa lukisan yang dihasilkan oleh ayahnya.
Sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 6 Januari lalu, maskot Tahun Melawat Malaysia (TMM2026) yang diberi nama Wira dan Manja telah menarik perhatian ramai.
Maskot beruang matahari Malaya 2026 ini, iaitu Wira (jantan) dan Manja (betina), tampil dengan kecomelan yang berjaya menawan hati masyarakat. Pemilihan kedua-dua maskot ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap usaha pemuliharaan kehidupan liar yang semakin terancam.
Tular Dakwaan Maskot Wira dan Manja Dihasilkan Guna Teknologi AI

Walau bagaimanapun, timbul dakwaan bahawa lukisan maskot tersebut dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Peka dengan isu yang hangat diperkatakan, anak kepada pelukis maskot itu tampil menafikan dakwaan berkenaan melalui ciapan di akaun X (@Muhdhelmiyani).
Beliau menjelaskan bahawa karya tersebut adalah lukisan asal yang dihasilkan sendiri oleh ayahnya. Penjelasan itu disertakan dengan beberapa gambar lukisan di atas meja sebagai bukti.
“Hai, ini bukan AI ya. Ini adalah lukisan asal yang dibuat oleh ayah saya,” ujar individu yang dikenali sebagai Emy.
Meskipun bukti telah diberikan, terdapat segelintir individu yang masih meragui kenyataan tersebut dan terus meminta bukti tambahan bagi memastikan bahawa maskot TMM2026 tidak dihasilkan menggunakan AI.
Ramai Masih Sokong Pelukis Sebenar
Walaupun berdepan dakwaan kurang menyenangkan, ramai yang tetap memberikan sokongan kepada pelukis sebenar maskot Wira dan Manja. Ada juga yang mencadangkan agar maskot ini dijadikan patung keychain kerana kecomelannya.
Pada masa yang sama, netizen menyarankan anak kepada pelukis terbabit untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat ciapan berbaur fitnah di laman X.
AI Nafikan Maskot Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan
Portal TRP turut meminta pandangan daripada ChatGPT untuk mengenal pasti sama ada maskot tersebut dihasilkan menggunakan teknologi AI. Berdasarkan jawapan yang diberikan, ChatGPT percaya maskot tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda jelas ia dijana oleh AI.
Namun begitu, ChatGPT menjelaskan bahawa adalah sukar untuk membuat penentuan tanpa adanya konteks tambahan. Beberapa pemerhatian menarik turut dinyatakan, seperti tekstur bulu yang rapi dan ketiadaan garisan senget, yang menjadi tanda lukisan digital.
Info Tentang Maskot Wira dan Manja
Wira digambarkan memakai selendang batik di leher, manakala Manja menggayakan selempang batik serta reben bercorak sama di telinga kirinya. Corak batik yang digunakan pada kedua-dua maskot ini dipilih dengan teliti untuk mewakili lima komuniti utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Sabah, dan Sarawak.
Tulisan ‘Malaysia’ pada logo Visit Malaysia 2026 diinspirasikan daripada ukiran kayu tradisional, manakala bunga kebangsaan bunga raya turut diketengahkan.
Tagline popular ‘Truly Asia’, yang diperkenalkan pada 1999, dikekalkan tetapi diberikan sedikit perubahan pada reka bentuknya. Difahamkan, pakaian seragam khas Visit Malaysia 2026 juga akan digunakan oleh tiga syarikat penerbangan negara iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, dan Batik Air.

Hi this is not AI, this is an original drawing by ayah saya 🙂 pic.twitter.com/BIcwo26uQY
— Emy (@Muhdhelmiyani) January 7, 2025
“Hai, ini bukan AI ya. Ini adalah lukisan asal yang dibuat oleh ayah saya,” ujar individu yang dikenali sebagai Emy.
Meskipun bukti telah diberikan, terdapat segelintir individu yang masih meragui kenyataan tersebut dan terus meminta bukti tambahan bagi memastikan bahawa maskot TMM2026 tidak dihasilkan menggunakan AI.
Ramai Masih Sokong Pelukis Sebenar
Walaupun berdepan dakwaan kurang menyenangkan, ramai yang tetap memberikan sokongan kepada pelukis sebenar maskot Wira dan Manja. Ada juga yang mencadangkan agar maskot ini dijadikan patung keychain kerana kecomelannya.
Pada masa yang sama, netizen menyarankan anak kepada pelukis terbabit untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat ciapan berbaur fitnah di laman X.
AI Nafikan Maskot Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan
Introducing the 𝐕𝐢𝐬𝐢𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐥𝐨𝐠𝐨 featuring the 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐫𝐬 – 𝐖𝐢𝐫𝐚 & 𝐌𝐚𝐧𝐣𝐚 as mascots!
Showcasing our nation’s vibrant multicultural harmony and awe-inspiring beauty, the logo embodies Malaysia’s surreal experiences.… pic.twitter.com/dM3muLgbWe
— Malaysia Truly Asia (@TourismMalaysia) January 7, 2025
Portal TRP turut meminta pandangan daripada ChatGPT untuk mengenal pasti sama ada maskot tersebut dihasilkan menggunakan teknologi AI. Berdasarkan jawapan yang diberikan, ChatGPT percaya maskot tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda jelas ia dijana oleh AI.
Namun begitu, ChatGPT menjelaskan bahawa adalah sukar untuk membuat penentuan tanpa adanya konteks tambahan. Beberapa pemerhatian menarik turut dinyatakan, seperti tekstur bulu yang rapi dan ketiadaan garisan senget, yang menjadi tanda lukisan digital.
Info Tentang Maskot Wira dan Manja
View this post on Instagram