Masjid runtuh timpa jemaah sedang sujud solat asar, 10 maut 30 cedera

Photo of author

By Syima Iza

Masjid runtuh timpa jemaah sedang sujud solat asar, 10 maut 30 cedera.

Sekurang-kurangnya 10 individu meninggal dunia dalam kejadian masjid runtuh di Nigeria.

Kejadian di Masjid Pusat Zaria, Kaduna, turut mengakibatkan 30 jemaah yang lain cedera.

Masjid runtuh timpa jemaah sedang sujud solat asar, 10 maut 30 cedera

Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan akibat dihempap runtuhan dihantar ke hospital di Zaria untuk menerima rawatan.

Mallam Shehu Nagari, salah seorang jemaah yang terselamat, berkata, kejadian itu berlaku sewaktu mereka sedang sujud ketika menunaikan solat Asar.

Tambahnya, sebahagian daripada binaan masjid tiba-tiba runtuh, sekali gus menimpa mereka yang berada dalam ruangan itu.

“Kami hanya mendengar bunyi yang kuat dan melihat sebahagian masjid runtuh menimpa beberapa jemaah. Keseluruhan persekitaran dipenuhi debu,” katanya.

Baca Lagi:
Sejarah Kampung Baru Cina yang ramai tak tahu
Lelaki bingung ibu paksa bercerai selepas isteri meroyan selepas bersalin
Sepanjang hidup 82 tahun, lelaki ini tak pernah bertemu wanita