Masjid Negara tampil mohon maaf selepas tular pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung, jubah

Photo of author

By Syima Iza

Pihak pengurusan Masjid Negara telah mengeluarkan permohonan maaf berhubung dengan video yang telah menjadi viral mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta seorang pengunjung lelaki untuk memakai tudung ketika memasuki masjid tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama antara Masjid Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mereka menyatakan bahawa pengawal keselamatan tersebut telah diberi amaran untuk menjadi lebih peka ketika menjalankan tugas mereka.

“Pihak pengurusan Masjid Negara mengambil perkara ini dengan serius dan dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan dan kekeliruan kepada individu yang terlibat serta kepada orang awam yang terkesan dengan video tersebut.

Masjid Negara tampil mohon maaf selepas tular pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung, jubah

“Untuk makluman, pengawal keselamatan ini adalah dari pihak ketiga yang dilantik melalui proses perolehan oleh kerajaan. Masjid Negara juga akan memastikan bahawa perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang bagi memastikan reputasi dan imej institusi masjid terus terjaga.

“Para pengunjung juga boleh membuat aduan berkenaan sebarang tindakan pengawal keselamatan melalui kod imbas bersama-sama butiran di meja pos masing-masing bagi tindakan lanjut yang sewajarnya,” demikian kenyataan itu pada Ahad.

Sebelum ini, video yang tular di media sosial menunjukkan seorang pengunjung lelaki dengan rambut panjang sehingga ke paras bahu mengalami kebingungan apabila diminta oleh pengawal untuk menutup kepala dan mengenakan jubah ketika memasuki Masjid Negara.

Walaupun lelaki tersebut telah menjelaskan bahawa dia bukan seorang perempuan, namun pengawal tersebut tetap dengan tegas meminta agar auratnya ditutup dengan memakai topi dan jubah yang telah disediakan oleh pihak masjid.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VOCKET (@vocket)

Baca Juga:
Lelaki dapat kuda, cincin berlian setelah selamatkan budak dari dilanggar
Datuk di Terengganu bawa anak-anak ’round’ naik helikopter peribadi
Aliff Aziz enggan ceraikan Bella demi menyelamatkan rumah tangga dan anak-anak