Masih ramai yang blur nak kenal mana satu ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih, ini caranya

Photo of author

By Syima Iza

Ternyata, ada beza ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih. Seperti yang anda tahu, ikan tongkol dikenali dengan masakan gulai nasi dagang dan singgang. Di negeri-negeri Pantai Timur, ikan tongkol merupakan pilihan utama untuk hidangan ikan.

Ia juga dikenali sebagai ikan aya, dan isinya memang sedap. Namun, yang sering mengelirukan pembeli adalah perbezaan antara jenis ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih.

Kedua-duanya nampak hampir sama sekiranya dilihat secara kasar, jadi kadang-kadang sukar untuk membezakan. Tetapi sebenarnya, terdapat beberapa perbezaan antara ikan tongkol hitam dan putih.

Masih ramai yang blur nak kenal mana satu ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih, ini caranya

CARA NAK BEZA IKAN TONGKOL HITAM VS TONGKOL PUTIH

Ikan Tongkol Hitam

Masih ramai yang blur nak kenal mana satu ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih, ini caranya

  • Warna kulit: Kulit ikan tongkol hitam lebih gelap daripada ikan tongkol putih.
  • Panjang sirip: Sirip ikan tongkol hitam lebih panjang.
  • Jalur di badan: Pada badan ikan tongkol hitam, tiada jalur, hanya bintik-bintik hitam halus.
  • Rasa isi: Isi ikan tongkol hitam lebih lembut dan sedap.
  • Harga: Biasanya, ikan tongkol hitam lebih mahal daripada ikan tongkol putih.

Ikan Tongkol Putih

Masih ramai yang blur nak kenal mana satu ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih, ini caranya

  • Warna kulit: Kulit ikan tongkol putih lebih cerah.
  • Panjang sirip: Sirip ikan tongkol putih agak pendek.
  • Jalur di badan: Pada badan ikan tongkol putih, terdapat jalur yang jelas.
  • Rasa isi: Isi ikan tongkol putih lebih liat dan keras berbanding ikan tongkol hitam.
  • Harga: Harga ikan tongkol putih biasanya lebih murah.

Bagi kebanyakan orang tua-tua, mereka mengenal pasti ikan tongkol hitam atau putih hanya dengan melihat panjang siripnya. Ikan tongkol hitam lebih panjang dan dikenali kerana isi yang lebih lembut.

Ikan tongkol hitam bukan sahaja enak rasanya, tetapi juga mengandungi pelbagai nutrien penting seperti omega-3, zat besi, vitamin B, dan protein tinggi. Ia juga rendah kalori dan baik untuk kesihatan jantung.

Walau bagaimanapun, ikan tongkol putih juga sesuai untuk beberapa jenis masakan, terutamanya yang memerlukan isi yang lebih keras. Harganya juga lebih berpatutan di pasaran.

Semoga bermanfaat.

Baca Juga:
Jurusolek wanita jadi terkenal setelah mampu mengubah pelawak 57 tahun bertukar jadi pemuda tampan
Hampir 4 tahun beroperasi, semua cawangan Pasaraya Elews Mart milik Ebit Lew akan ditutup
Nak makan sedap tapi tak nak bayar, pelanggan wanita ‘kantoi’ ditangkap pemilik restoran