Masih dapat diselamatkan, Diana terima hadiah 8 barang kemas dari Farid Kamil

Masih dapat diselamatkan, Diana terima hadiah 8 barang kemas dari Farid Kamil

Masih dapat diselamatkan, Diana terima hadiah 8 barang kemas dari Farid Kamil.

Pelakon Farid Kamil, 42, positif rumah tangga masih dapat diselamatkan memandangkan isterinya, Diana Danielle dimaklumkan sudah menerima lapan barang kemas yang dihadiahkan.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari berkata, dia percaya dalam tempoh tiga bulan dua anaknya banyak menjadi perantaraan, lantas banyak memberikan kesan positif pada hubungan mereka.

“Seperti ramai sedia maklum, prosiding sudah sampai ke proses pelantikan hakam kerabat. Sejak awal hingga sekarang, apa yang saya cuba buat adalah mempertahankan keluarga dan perkahwinan saya.

Masih dapat diselamatkan, Diana terima hadiah 8 barang kemas dari Farid Kamil

“Saya sentiasa berfikiran positif kerana nampak masih ada harapan, tanggungjawab dan masa depan. Sayang juga masih ada.

“Malah, cincin yang saya berikan juga sudah diterima. Lapan barang kemas diterima sebanyak dua kali menerusi Muhammad dan Nur Aurora,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, petang ini.

Tambah Farid, pihaknya juga sudah melakukan usaha berbaik semula sebanyak lebih 10 kali, namun sentiasa ada halangan yang tidak sepatutnya.

“Insya-Allah, masa akan tiba. Saya sayangkan isteri dan saya tak pernah sayangkan orang lain seperti saya sayangkan isteri saya. Kalau anda semua faham,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menetapkan 15 Jun depan sebagai tarikh untuk prosiding pelantikan semula hakam kerabat selepas mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian Farid dan Diana.

Ketika prosiding hakim turut mengarahkan Farid melafazkan talak satu, namun Farid tidak bersetuju kerana masih sayangkan Diana dan tetap dengan pendiriannya untuk menyelamatkan rumah tangga.

Turut hadir, ibu bapa Farid, Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah.

Dalam dewan bicara sama, turut berlangsung prosiding sebutan pertama bagi kes nusyuz yang difailkan oleh Farid pada 6 April lalu. Tuntutan nusyuz dibuat berikutan Farid tidak dibenarkan pulang ke rumah dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Terdahulu, pada prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan 8 Ogos bagi keputusan inter-parte (kedua-dua pihak) Farid dan Diana berhubung hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anak, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Hakim Syarie Zulfikri Yasoa menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak memaklumkan akan memfailkan dokumen hujahan berkaitan kes secara serentak.

Pada 24 Mac lalu, Diana memperoleh hadanah interim dua anaknya oleh mahkamah yang sama.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Baca Lagi:
Pegawai kanan SPRM sahkan bekas pembantu dedah lokasi Jho Low meninggal dunia
Lelaki tikam wanita hingga maut di pusat beli-belah kerana putus tunang
Suami tidur, cuba isteri cek telefon suami masing-masing, takut ada ‘Group WhatsApp’…
CATEGORIES