Mara serbu rumah Che Ta, didakwa tak bayar hutang hampir RM1 juta

Photo of author

By Syima Iza

Mara serbu rumah Che Ta, didakwa tak bayar hutang hampir RM1 juta.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyerbu kediaman aktres Rozita Che Wan, yang lebih dikenali sebagai Che Ta, di Kota Damansara pada pagi ini.

Menurut sumber, tindakan tersebut diambil bagi membolehkan pihak Mara menilai barangan di rumah terbabit untuk tujuan penyitaan selepas selebriti berusia 51 tahun itu gagal untuk menjelaskan pinjaman berjumlah hampir RM1 juta.

Mara serbu rumah Che Ta, didakwa tak bayar hutang hampir RM1 juta

Difahamkan, Che Ta dan suaminya, Zain Saidin, tidak berada di rumah pada waktu serbuan.

Hanya ibu Che Ta dilihat berada di rumah mewah dua tingkat tersebut.

Namun, selepas kira-kira satu jam pihak Mara membuat penilaian, anak sulung Che Ta, Ammar Effendi, dilihat memasuki rumah tersebut.

Baca Lagi:
Wanita terpaksa mandi wajib setiap hari menjelang subuh, dakwa diratah jin setiap malam
Terkejut lihat peniaga melayu jual apam balik pizza, ini reaksi 2 influencer dari Itali
Kak KM tampil tunjuk bukti selepas dituduh netizen hidung tak ‘ori’