Mandi wajib jadi tak sah bila guna sabun dan syampu?, Ini penjelasan mantan Mufti WP

Photo of author

By Syima Iza

Mandi wajib jadi tak sah bila guna sabun dan syampu?, Ini penjelasan mantan Mufti WP.

Jika namanya mandi, sabun dan syampu adalah antara item yang lazim digunakan untuk membersihkan tubuh, selain memberus gigi dan mencuci muka.

Kebiasaan ini sering dipraktikkan oleh kebanyakan orang, termasuk ketika melakukan mandi wajib.

Mandi wajid jadi tak sah bila guna sabun dan syampu?, Ini penjelasan mantan Mufti WP

Namun, terdapat dakwaan bahawa mandi wajib menggunakan sabun dan syampu tidak sah. Adakah kenyataan ini benar?

Sebelum menjawab persoalan ini, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan penjelasan mengenai kewajipan mandi wajib. ALLAH SWT berfirman: “Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.” (Surah al-Maidah: 6)

“Terdapat banyak hukum yang boleh dikeluarkan daripada ayat ini. Antaranya, Syeikh As-Sa’di menyatakan bahawa ia termasuk perintah mendirikan solat, berniat untuk solat, bersuci daripada hadas untuk sah solat, dan bersuci tidak diwajibkan pada waktu solat, tetapi wajib ketika hendak mendirikan solat,” jelas beliau.

Menurut kitab Al-Fiqh al-Manhaji, mandi wajib ialah mandi yang diperlukan untuk sahnya ibadah apabila terdapat sebab seperti janabah (junub), haid, nifas, atau kematian.

Jelas daripada keterangan itu, kata Dr Zulkifli, tujuan mandi wajib adalah untuk mengangkat hadas besar. Bagi tujuan ini dan membersihkan najis, Al-Fiqh al-Manhaji menegaskan bahawa air mutlak diperlukan kerana ia adalah air yang suci lagi menyucikan.

Meskipun air itu berubah akibat faktor semula jadi seperti tanah, lumut, atau sulfur, ia tetap dianggap suci. Dr Wahbah Az-Zuhaili turut menyebut bahawa air laut, hujan, sungai, mata air, salji, dan air sejuk boleh digunakan untuk bersuci.

Ulama juga menetapkan bahawa syarat fardu mandi wajib ada tiga: niat, menghilangkan najis pada tubuh, dan meratakan air ke seluruh rambut dan badan.

Menjawab persoalan tentang mandi wajib menggunakan sabun dan syampu, Dr Zulkifli menjelaskan bahawa tidak memadai mengangkat hadas besar dengan air sabun atau syampu kerana ia bukan air mutlak.

Namun, sabun dan syampu boleh digunakan sebagai alat untuk menghilangkan kekotoran pada badan dan kepala serta menambah kesegaran. Setelah digunakan, sabun dan syampu harus dibilas dengan air mutlak sehingga bersih.

“Oleh itu, tidak mengapa menggunakan syampu semasa mandi wajib, asalkan air mutlak digunakan untuk membilas seluruh badan dan rambut,” kata beliau.

Baca Juga:
Badan dipotong 10 bahagian, ini kisah 2 pemuda tidak siuman berakhir dengan tragis
Selepas 3,500 tahun, saintis dan pakar grafik dedah wajah sebenar Firaun
Pemandu Vellfire Malaysia simbah air dekat Subaru pemandu Singapura raih perhatian ramai