Mandi bersama kunci kebahagiaan rumah tangga Dini Schatzman, Janna Nick

Mandi bersama kunci kebahagiaan rumah tangga Dini Schatzman, Janna Nick

Pelakon Dini Schatzmann mengungkap detik bahagia bersama isterinya yang juga pelakon Janna Nick dalam sebuah video ucapan khas sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka semalam.

Dalam video berkenaan, Dini atau nama lengkapnya Dini Azan Schatzmann, 30, memberitahu rutin mandi dan solat bersama menjadi pengikat hubungan mereka sepanjang berumah tangga.

Katanya, meskipun masing-masing sibuk dan pulang lewat ke rumah, rutin tersebut tetap cuba dilakukan bersama.

Mandi bersama kunci kebahagiaan rumah tangga Dini Schatzman, Janna Nick

“Banyak hal dalam kehidupan kita dirakam dan dikongsikan, tetapi ada banyak momen yang orang tidak nampak yang kita tak kongsikan.

“Rutin kegemaran kita ialah setiap hari siapa yang balik rumah dahulu dia akan tunggu untuk mandi bersama, kemudian kita akan solat.

“Saya akan sikat rambut awak sebelum masuk tidur. Seandainya saya balik lewat sangat atau awak balik lewat sangat, dan rutin itu kita tak buat saya rasa hari saya itu tidak lengkap,” katanya dalam video Instagram.

Selain itu, pelakon filem Bintang Hatiku itu turut mengatakan kenangan menunaikan umrah di Tanah Suci sebagai lokasi bulan madu, merupakan detik terindah yang sukar dilupakan.

“Kenangan kegemaran saya ialah pergi bersama menunaikan umrah. Awak berjaya membuatkan perancangan ke sana itu berjaya.

“Saya berasa pengalaman ke sana itu sangat bermakna dan perkara itu juga terbaik untuk permulaan rumah tangga kita,” katanya.

Dalam pada itu, Dini turut berbangga dengan isteri tersayang yang sering bersikap positif dalam usaha memajukan kehidupan mereka di samping menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Awak suka merancang masa depan yang baik dan menjadikan setiap mimpi itu menjadi kenyataan.

“Saya paling suka momen di mana kita selalu berbincang bagaimana kita hendak lakukan yang terbaik pada masa depan. Apa yang kita patut kita cuba.

“Awak nak sambung belajar, saya sangat menyokong dan saya hendak melihat awak sambung pengajian dan saya pun ingin sambung belajar biarpun saya tak suka belajar” ujarnya lagi.

Malah, Dini turut mengatakan Janna telah berjaya mengubah dirinya menjadi seseorang yang lebih baik dalam pelbagai aspek.

“Saya sangat bersyukur apabila awak berjaya mengubah saya menjadi seorang lelaki yang saya tidak pernah terbayangkan sebelum ini,” ungkapnya.

Sambutan ulang tahun perkahwinan pertama Dini dan Janna diadakan di sebuah hotel di Putrajaya semalam.

Pasangan terbabit melangsungkan perkahwinan di sebuah resort di Langkawi pada 10 Jun tahun lalu.

Majlis yang berlangsung secara tertutup itu menyaksikan Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka 27 Mac 2019.

Baca Juga:

Peminta sedekah tolak terima wang yang banyak undang reaksi netizen

Wanita India suap makanan dekat pesakit lelaki buat ramai sebak

Guru lelaki didakwa hisap kemaluan pelajar ketika tidur

CATEGORIES