Man Raja Lawak beli Mustang, sempat bawa sekali je, kereta dah kena masuk bengkel 2 bulan angkara seorang individu…

Photo of author

By Syima Iza

Man Raja Lawak beli Mustang, sempat bawa sekali je, kereta dah kena masuk bengkel 2 bulan angkara seorang individu…..

Pelawak terkenal, Man Raja Lawak, atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, meluahkan rasa syukur atas rezeki awal tahun 2025 apabila berjaya memiliki kereta idamannya, sebuah kereta mewah jenama Mustang.

Namun, keterujaan Man, 47, tidak bertahan lama apabila kereta baharunya itu menghadapi masalah enjin akibat tindakan seorang individu.

Man Raja Lawak beli Mustang, sempat bawa sekali je, kereta dah kena masuk bengkel 2 bulan angkara seorang individu...

Menerusi perkongsian di TikTok, Man berkata:

“Rezeki pembuka tahun 2025. Dah rasa gembira sangat-sangat dapat beli Mustang, tapi yang sedihnya, saya sempat bawa sekali saja ke Melaka bersama keluarga. Selepas itu, enjin bermasalah disebabkan orang lain. Semua yang berlaku ada hikmah.”

Difahamkan, Man terpaksa menunggu selama dua bulan bagi proses pembaikan kereta tersebut. Walaupun berdepan ujian yang mencabar, beliau tetap reda dan menganggap segala yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.

@manrajalawak5Semua yg berlaku ada hikmahnya..Rezki pembuka taun 2025 dah rasa happy sgt2 dpt beli MUSANG tapi yg sedih abg sempat bawak 1 Kali jer gi Melaka ngan fmily pastu enjin problem di sebabkan org lain..skg abg terpaksa kne tunggu 2 bulan baru merasa balik nak bawak..air liur dah meleleh ni..sabar jer la..redho dan doakan abg KUAT + TABAH tuk jalan terus MAN 🥰❤️🤲🤟

♬ sad cry – Eik Nugraha

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan sikap sabar dan reda pelawak itu. Ada yang turut mendoakan agar segala urusan Man dipermudahkan dan keretanya kembali pulih seperti sediakala.

Tindakan Man yang tenang menghadapi situasi ini menjadi inspirasi kepada ramai, membuktikan pentingnya bersikap positif meskipun diuji dengan cabaran.

Man Raja Lawak beli Mustang, sempat  bawa sekali je, kereta dah kena masuk bengkel 2 bulan angkara seorang individu...

Baca Juga:
Remaja Israel campak kucing dari tingkat 5 bangunan
Suami mengigau panggil nama ‘Jijah’ dalam mimpi, isteri syak sesuatu
Ramai yang tak tahu, ini 5 tips boleh jana pendapatan 5 angka dengan promosikan produk di Lazada