“Mama belum ada duit”- Murid didenda 3 hari duduk atas lantai sebab tak mampu derma pada sekolah.
Kesedihan seorang ibu, Puan Kamelia, tidak dapat digambarkan apabila anaknya, Mahesa, yang baru berusia 9 tahun didenda bersila di lantai kelas kerana sudah 3 bulan tidak menyumbang derma kepada sekolah.
Anak kecil itu mengadu merasa malu dan takut untuk ke sekolah akibat hukuman yang dikenakan. Lebih menyedihkan, sudah tiga hari Mahesa tidak dibenarkan duduk di atas kerusi sepanjang sesi pembelajaran.
“Sabar ya Nak, Mama Belum Ada Duit”
Dalam keadaan penuh emosi, Puan Kamelia cuba menenangkan Mahesa dengan berkata, “Sabar ya Nak, Mama belum ada duit.” Kejadian ini mendorong beliau untuk segera berjumpa dengan Kepala Guru (Guru Besar) sekolah tersebut.
Menurut Kepala Guru, pihak pentadbiran sekolah tidak mengetahui tentang tindakan guru kelas yang mengenakan hukuman sebegitu kepada murid. Difahamkan juga, Mahesa berasal daripada keluarga kurang berkemampuan. Ibu bapanya bekerja sebagai buruh biasa dengan pendapatan yang amat kecil.
@topik_sumut MIRIS tak mampu bayar SPP, siswa di Kota Medan duduk di lantai. “Tanggal 6 Januari 2025 lalu, anak saya masuk sekolah. Tapi saya tidak tau kalau anak saya didudukkan di lantai kelas. Pada tanggal 7 Januari 2025, saya sudah izin kepada wali kelas, bahwa saya minta waktu sampai hari Rabu tanggal 8 Januari 2025 untuk membayar SPP,” ujar orangtua siswa. @bobbynst @prabowo @gerindra #topiksumut #viral #sumut #sumaterautara #kotamedan #murid #spp #bobbynasution #menteripendidikan #indonesia #nasional #fyp ♬ suara asli – Topik Sumut
Sumbangan yang perlu dibayar oleh setiap pelajar berjumlah Rp60,000 (sekitar RM16.00+), jumlah yang nampak kecil bagi sesetengah pihak tetapi cukup membebankan bagi keluarga seperti Puan Kamelia.
“Anak seperti Mahesa tidak seharusnya menanggung malu dan dihukum atas perkara ini. Pendidikan sepatutnya menjadi hak untuk semua tanpa mengira kemampuan keluarga,” luah Puan Kamelia.
Semoga pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang lebih berperikemanusiaan dan adil dalam menangani isu ini agar anak-anak seperti Mahesa dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa dan bermaruah.