Malaysia negara selamat, minah saleh dedah kenapa suka tinggal di Malaysia, pukul 5 pagi jalan sendirian pun tak takut

Photo of author

By Syima Iza

Pencipta kandungan TikTok @sozi.deeb memuji Malaysia sebagai negara yang selamat untuk pengembaraan sambil merakam detik-detik perjalanan solonya pada awal pagi.

Video TikTok @sozi.deeb, yang telah meraih lebih daripada 100,000 tontonan dan 3,500 tanda suka, menunjukkan aktiviti beliau melalui jalan-jalan yang lengang berhampiran pasar Pudu, sambil menyatakan bahawa Malaysia adalah negara yang selamat sehingga membolehkannya berjalan sendirian di mana-mana pada bila-bila masa.

Dalam ulasannya, @sozi.deeb menyatakan kagumnya terhadap Malaysia, dengan berkata, “Salah satu sebab mengapa saya mahu tinggal di Malaysia. Jam 5 pagi, anda boleh berjalan ke mana-mana sahaja pada bila-bila masa, ia adalah negara yang selamat.”

Malaysia negara selamat, minah saleh dedah kenapa suka tinggal di Malaysia, pukul 5 pagi jalan sendirian pun tak takut

Walaubagaimanapun, netizen Malaysia memberikan pandangan yang berbeza dalam ruangan komen.

Banyak rakyat Malaysia mempersoal dakwaan warga asing tersebut, sambil memberikan amaran agar dia tidak berjalan sendirian pada waktu malam, terutamanya di kawasan terpencil.

Seorang netizen menyatakan bahawa rasa selamat pada pukul 5 pagi kerana biasanya ia adalah permulaan hari, di mana aktiviti jenayah mungkin kurang berleluasa pada waktu-waktu tersebut.

Selain itu, beberapa netizen mengakui bahawa kawasan tertentu mungkin selamat, di mana seorang netizen menekankan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak akan mengambil risiko berjalan sendirian di tengah malam.

@sozi.deeb #malaysia #buah ♬ الصوت الأصلي – 👑 Sozi 👑

Baca Juga:
Selepas tular video ‘perang mulut’ antara dua individu, Lembaga Maktab Mahmud nafi wujud kartel
Penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,00 akibat cedera dalam kemalangan melalui jalan berlubang
Lelaki paling bertuah dalam Malaysia, bertahun-tahun menang hadiah lumayan, ini 10 tips yang dikongsi