“Malaysia ini lubuk rezeki, abang rajin saja, mesti abang kaya, paling penting ALLAH jangan lupa, solat jangan tinggal” – Warga Bangladesh

“Malaysia ini lubuk rezeki, abang rajin saja, mesti abang kaya, paling penting ALLAH jangan lupa, solat jangan tinggal” – Warga Bangladesh

“Malaysia ini lubuk rezeki, abang rajin saja, mesti abang kaya, paling penting ALLAH jangan lupa, solat jangan tinggal” – Warga Bangladesh.

Hujung minggu serta cuti umum sempena Tahun Baharu Cina dimanfaatkan sepenuhnya buat warga asing untuk membeli barangan keperluan sekitar Bandaraya Diraja Klang di sini pada Ahad.

Tinjauan Sinar Harian seawal jam 11 pagi di sekitar kawasan berdekatan Jalan Pos Baharu serta Stesen Bas Klang di sini mendapati beberapa unit perniagaan selain pusat beli belah sekitar dipenuhi oleh warga asing yang datang menaiki pengangkutan awam seperti bas serta teksi.

"Malaysia ini lubuk rezeki, abang rajin saja, mesti abang kaya, paling penting ALLAH jangan lupa, solat jangan tinggal" - Warga Bangladesh

Selain itu, terdapat juga warga asing yang dilihat menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk datang ke sini.

Warga Nepal yang mahu dikenali sebagai Ram,35, berkata, waktu cuti ini dimanfaatkan dirinya bersama rakan untuk membeli barangan keperluan harian.

“Isnin sampai Jumaat saya kerja, memang tak sempat nak keluar beli, kali ini saya cuti sebab cuti Tahun Baharu Cina, bolehlah keluar dengan rakan-rakan.
“Sini banyak kemudahan, saya datang sini bersama kawan dengan menaiki bas, sambil beli barang bolehlah berehat sikit-sikit,” katanya yang mendakwa bekerja sebagai pengawal keselamatan di Meru, Klang.

Warga Bangladesh yang mahu dikenali sebagai Rahman,40, berkata, dirinya mula merantau ke negara ini sejak awal 2021.

“Saya dulu masa di Bangladesh belajar dalam bidang elektrik, dapat ijazah, tapi sana susah nak dapat kerja.

“Umur 20-an saya sudah kahwin, dan sudah ada anak empat orang, hidup sana susah, jadi saya datang merantau dan cari makan di sini,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, kini dirinya mengusahakan perniagaan menjual barangan dan pakaian secara kecil-kecilan.

“Bagi saya, Malaysia ini senang mau cari wang, janji rajin dan kena banyak usaha, sini saya juga ada kahwin dengan orang tempatan.

“Betul saya cakap, saya kahwin bukan semata-mata mahu hidup senang tapi saya memang suka dengan dia, sekarang Alhamdulillah, hidup saya baik dan tiap-tiap bulan, saya juga akan kirim wang untuk keluarga di sana,” katanya.

Rakannya, yang mahu dikenali sebagai Salim, 30, berkata, dirinya bersyukur kerana berpeluang mencari rezeki di Malaysia.

“Saya datang sini lebih kurang setahun lalu, Malaysia memang negara yang mudah untuk mencari rezeki selain peluang pekerjaan yang banyak.

“Saya datang dengan cara sah, sebab mahu cari rezeki yang halal untuk keluarga, saya mahu ucapkan terima kasih kepada orang Malaysia kerana beri peluang kepada kami untuk cari rezeki di bumi ini,” katanya.

Salim sempat berseloroh dengan wartawan Sinar Harian ketika gambarnya cuba diambil.

Salim meminta agar wajahnya tidak dirakam selain identitinya dirahsiakan setelah dimaklumkan tujuan dirinya ditemu ramah.

“Abang tolong jangan ambil gambar saya, saya tak buat apa-apa salah, apa abang tanya saya jawab, tapi tolong jangan dedah apa-apa identiti saya.
“Abang kena bersyukur sebab lahir di sini, bagi saya, Malaysia ini lubuk rezeki, abang rajin saja, mesti abang akan kaya dan paling penting ALLAH jangan lupa, solat jangan tinggal,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa warga asing turut mengambil kesempatan meminta derma selain mendakwa untuk disalurkan kepada golongan susah di negaranya.

Selain itu, terdapat juga warga asing yang dilihat menjual beberapa barangan serta makanan seperti sirih serta tembakau di sudut kaki lima sekitar kawasan perniagaan di sini.

Sementara itu, pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Aziz berkata, kawasan sekitar bandaraya ini sememangnya menjadi tumpuan ramai warga asing terutamanya hujung minggu.

“Sebut sahaja Klang memang ramai warga asing, perkara ini bukan satu benda baru, sejak dahulu lagi, ini pun boleh katakan sikit, kalau sebelum ini, memang lagi ramai.

“Sebelum ini saya ada baca laporan media berkaitan beberapa siri operasi pihak berkuasa melibatkan warga asing, mungkin atas faktor itu, bilangan warga asing tak terlalu ketara seperti sebelum ini,” katanya.

Baca Juga:
Wanita kongsi pengalaman ngeri jumpa kamera pengintip dalam bilik air inap desa
Anggota polis tolak ‘wang kopi’ dari pemandu wanita dapat pujian orang ramai
Berang dituduh suruh anak bercerai, akhirnya Abby Abadi buka mulut
CATEGORIES