Malaysia Airlines lancar pesawat A330neo pertama, mampu terbang sejauh 13,334 kilometer tanpa transit

Photo of author

By Syima Iza

Malaysia Airlines lancar pesawat A330neo pertama, mampu terbang sejauh 13,334 kilometer tanpa transit.

Semalam, syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB) secara rasmi melancarkan pesawat A330neo pertama di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines di Sepang.

Pelancaran yang turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke ini bukan sahaja mendapat perhatian pihak media, tetapi turut menjadi bualan warga maya.

Malaysia Airlines lancar pesawat A330neo pertama, mampu terbang sejauh 13,334 kilometer tanpa transit

Untuk pengetahuan, pesawat itu telah melakukan penerbangan sulung ke Melbourne pada jam 10.30 malam tadi.

Namun, mengapa pesawat ini menjadi pilihan MAB sehingga syarikat berkenaan sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan 20 unit pesawat ini? Apa yang menarik tentang pesawat ini berbanding pesawat jenis lain?

A330neo lebih selesa dan mesra alam

Pesawat ini mempunyai 297 tempat duduk dengan 28 tempat di Kelas Perniagaan dan 269 tempat duduk di Kelas Ekonomi.

Malaysia Airlines lancar pesawat A330neo pertama, mampu terbang sejauh 13,334 kilometer tanpa transit

Menerusi muat naik di laman sesawang rasmi syarikat tersebut, pesawat ini tidak hanya mempunyai ruang kabin yang lebih privasi di bahagian Kelas Perniagaan, malah kabin penumpang turut dilengkapi dengan hiburan skrin 4K dan capaian Wi-Fi tanpa had kepada semua penumpang sepanjang penerbangan yang panjang. Pilihan hiburan mod kanak-kanak turut tersedia bagi mereka yang terbang bersama keluarga.

Selain itu, Malaysia Airlines juga menyediakan ruang layan diri di kabin Kelas Perniagaan yang dilengkapi dengan pelbagai pilihan snek dan minuman premium. Penumpang boleh mengambil sendiri makanan tersebut mengikut keselesaan mereka.

Pesawat A330neo ini turut mengetengahkan ruang yang lebih selesa dan moden dengan kerusi yang lebih ergonomik di bahagian Kelas Ekonomi. Ia juga mempunyai reka bentuk dalaman yang lebih cerah dengan sistem pencahayaan LED yang boleh disesuaikan.

Selain itu, pesawat ini juga membawa identiti Malaysia menerusi hiasan motif songket pada kerusi, siling kabin, panel hiasan, dan bahan salutan.

Malaysia Airlines lancar pesawat A330neo pertama, mampu terbang sejauh 13,334 kilometer tanpa transit

Dilengkapi enjin canggih

Untuk pengetahuan anda, pesawat A330neo dilengkapi dengan enjin Rolls-Royce Trent 700 yang lebih cekap berbanding pesawat A330 versi lain. Dengan penggunaan enjin yang mempunyai kecekapan penggunaan bahan bakar yang lebih baik ini, pesawat A330neo mampu mengurangkan penggunaan bahan bakar kira-kira 25 peratus.

Ciri ini membantu menjimatkan kos operasi selain sangat berkesan dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara. Ini bermakna, pesawat baru ini lebih mesra alam berbanding pesawat lain.

Apa yang lebih istimewa, pesawat ini mampu terbang sehingga 13,334 kilometer berbanding pesawat model terdahulu. Ini bermakna, penumpang dapat menjimatkan masa dan kos kerana tidak perlu transit di mana-mana pertengahan perjalanan.

Jadi, selayaknya pesawat ini menjadi pilihan syarikat penerbangan utama negara dalam meningkatkan perkhidmatan mereka.

Baca Lagi:
5 Senarai rumah paling mahal pernah dijual di Malaysia, nombor 5 Perdana Menteri pun pernah duduk
Tentera Rusia bawa kereta buatan Malaysia masuk perang buat ramai netizen terkejut
Patung mirip makhluk asing berusia 7,000 tahun ditemui di Kuwait