Makruh makan ikan bandaraya jika tidak dikuarantin

Makruh makan ikan bandaraya jika tidak dikuarantin

Makruh makan ikan bandaraya jika tidak dikuarantin. Ikan bandaraya atau nama saintifiknya, Plecostomus (Pleco) makruh dimakan jika tiada kuarantin jelas ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi portal soal jawab agamanya, Maktabah Al-Bakri.

Zulkifli berkata, ikan itu tidak haram dimakan, namun ia perlu dikuarantin dan memberinya makanan bersih dalam satu tempoh sebelum memakannya.

“Selepas kuarantin dalam beberapa tempoh, maka hukumnya tidak lagi menjadi makruh.

Makruh makan ikan bandaraya jika tidak dikuarantin

“Ikan bandaraya tanpa dikuarantin adalah makruh dan tidak haram kerana kenajisan itu adalah perkara yang mendatang (bukan kekal pada zat), yang mana paling banyak pun, hanya akan mengakibatkan perubahan pada dagingnya,” katanya.

Katanya, tiada tempoh tertentu bagi proses pengkuarantinan dan tempoh memberinya makanan yang bersih, namun adat setempat mengatakan sehingga ada perubahan pada daging dan hilang busuk.

Pada masa sama, katanya, orang awam perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NREC) bagi memastikan ikan itu selamat dimakan, tidak berbahaya atau beracun.

Baca Lagi:
Lelaki dari Johor jadi jutawan segera, menang cabutan bertuah sebanyak RM32 juta
Isteri tidak mengenang budi suami, hutang keliling pinggang minta pula belikan kereta baru
Penduduk kampung terkejut temui duit RM29,000 dalam rumah lelaki sakit mental
CATEGORIES