Makin ramai rakyat Indonesia iri hati dengan pasport Malaysia, ini sebabnya ..

Photo of author

By Syima Iza

Makin ramai rakyat Indonesia iri hati dengan pasport Malaysia, ini sebabnya ..

Pasport Malaysia kini semakin kukuh di peringkat antarabangsa. Dalam ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Passport Index, pasport Malaysia berada di kedudukan ke-9, mengatasi beberapa negara maju. Kedudukan ini menunjukkan peningkatan tiga anak tangga berbanding ranking sebelum ini.

Rakyat Indonesia Iri Hati Dengan Pasport Malaysia

Makin ramai rakyat Indonesia iri hati dengan pasport Malaysia, ini sebabnya ..

Pencapaian ini ternyata menarik perhatian rakyat Indonesia, yang meluahkan rasa cemburu terhadap Malaysia kerana memiliki pasport yang berkuasa, sekali gus memudahkan perjalanan ke luar negara.

“Saya iri hati dengan Malaysia. Nak pergi ke negara Barat boleh, nak pergi ke negara Islam pun mudah. Betul-betul rakyat mendapat manfaat,” tulis seorang netizen Indonesia.

Sebagai perbandingan, pasport Indonesia jauh ketinggalan berbanding Malaysia. Pasport Indonesia berada di kedudukan ke-55, di mana rakyatnya hanya boleh memasuki 92 negara tanpa visa, berbanding 170 negara bagi rakyat Malaysia.

Selain kelebihan pasport, rakyat Indonesia juga mengakui bahawa Malaysia lebih maju dari segi ekonomi, pembangunan, dan kemudahan yang disediakan untuk rakyat.

Petronas Dicadangkan Ganti Pertamina

Selain isu pasport, rakyat Indonesia kini berdepan krisis kepercayaan terhadap syarikat minyak negara mereka, Pertamina, yang sedang dilanda skandal rasuah besar-besaran.

Baru-baru ini, ada cadangan daripada Komisi VI Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia agar Pertamina dibubarkan dan digantikan dengan Petronas, syarikat petroleum utama Malaysia, bagi memastikan rakyat mendapat bahan api berkualiti dengan harga yang lebih berpatutan.

Menurut laporan Tempo, skandal tersebut melibatkan tujuh suspek, termasuk pengarah Pertamina dan broker minyak, yang menyebabkan negara mengalami kerugian besar sehingga Rp 193.7 trilion (RM53 bilion).

Antara kerugian tersebut termasuk:

💰 Rp 35 trilion – Eksport minyak mentah yang sepatutnya untuk kegunaan domestik
💰 Rp 11.7 trilion – Pembelian minyak mentah dengan harga yang dinaikkan (marked-up)
💰 Rp 147 trilion – Kenaikan kos subsidi bahan api akibat import haram

Lebih mengejutkan, rakyat Indonesia marah apabila mereka didakwa ditipu hidup-hidup oleh Pertamina. Produk Ron 90 (Pertalite) dikatakan telah dicampur sebelum dijual sebagai Ron 92 (Pertamax), menyebabkan ramai pengguna motosikal mengalami kerosakan enjin.

Berikutan skandal ini, semakin ramai rakyat Indonesia yang menyuarakan rasa tidak puas hati dan menyokong Petronas menggantikan Pertamina dalam membekalkan bahan api berkualiti kepada mereka.

Baca Juga:
Ramai yang belum tahu, ini 10 senarai perniagaan berisiko rendah yang boleh dicuba pada tahun 2025
Batal ke puasa jika guna inhaler? Ini penjelasan yang perlu anda tahu
Ini penjelasan Menteri isu tular Ketua Pengarah Pelancongan diturunkan pangkat