Makhluk asing guna ‘alat menyamar’ elak dikesan manusia di Las Vegas

Makhluk asing guna ‘alat menyamar’ elak dikesan manusia di Las Vegas

Misteri penampakkan makhluk asing di Las Vegas baru-baru ini masih menjadi tanda tanya selepas seorang penganalisis veteran lapangan jenayah mendakwa makhluk dari angkasa lepas semakin bijak apabila menggunakan ‘alat penyamaran’ untuk mengelak ditemui manusia.

Pakar tersebut, Scott Roder yang pernah memberi keterangan dalam beberapa kes jenayah di dalam dan luar Amerika Syarikat (AS) berjaya ‘membongkarkan’ satu persatu video makhluk asing yang ditemui di Las Vegas itu.

Menurut laporan di New York Post, terdapat 30 bingkai menunjukkan kepala serta asap dikelilingnya yang mana Roder menggelarnya sebagai ‘alat penyamaran’.

Makhluk asing guna 'alat menyamar' elak dikesan manusia di Las Vegas

“Saya menggunakan prinsip sama yang digunakan untuk setiap kes pembunuhan.

“Pada masa ini apa yang kita lihat di sini adalah bukti beberapa perkara bahawa entiti ini adalah nyata. Mereka wujud dan bukan palsu,” katanya yang dipetik New York Post.

Sebelum kejadian penampakan makhluk asing di Las Vegas, terdapat sinaran cahaya yang tidak dapat dijelaskan di langit.

Menurut data American Meteor Society yang dipetik New York Post, sekurang-kurangnya 21 orang di timur California, Arizona, Nevada dan Utah dilaporkan melihat cahaya hijau di langit.

Tidak lama kemudian, pengadu yang menghubungi talian 911 melaporkan dia melihat ‘makluk asing yang tinggi dan kurus serta berwarna hijau.

Dalam pada masa sama, ramai netizen menyanggah penampakan makhluk asing itu dan berkata ia adalah bayang-bayang yang disangkakan makhluk tersebut.

Baca Juga:
Pasangan tular bawa bayi 11 bulan naik motor sah bergelar suami isteri
Selepas kahwin, pasangan tular bawa bayi dapat hadiah Proton Pesona pula
Pelakon drama bersiri General Hospital, Johnny Wactor maut ditembak individu bertopeng
CATEGORIES