Makcik Kemboja dakwa melayu malas akan didakwa di mahkamah hari ini

Makcik Kemboja dakwa melayu malas akan didakwa di mahkamah hari ini

Makcik Kemboja dakwa melayu malas akan didakwa di mahkamah hari ini.

Usahawan warga Kemboja dan pempengaruh media sosial, yang mencetuskan kontroversi dengan mendakwa orang Melayu malas menerusi video tular bulan lalu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, selain wanita terbabit, anak lelakinya berusia 22 tahun turut akan dituduh.

Makcik Kemboja dakwa melayu malas akan didakwa di mahkamah hari ini

“Kertas siasatan kes berkenaan sudah diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri dan arahan lanjut dari Jabatan Peguam Negara adalah mendakwa kedua-dua individu terbabit pada hari ini.

“Wanita berusia 47 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan manakala anak lelakinya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” katanya dihubungi di sini.

Beliau berkata, kes berkenaan akan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan dirujuk kepada Pejabat TPR untuk tindakan selanjutnya.

Dalam siasatan kes itu, polis turut menyoal siasat dan merakam keterangan 14 saksi lain yang boleh membantu siasatan lain selain wanita itu.

Pada 27 November lalu, usahawan berpangkalan di Johor Bahru itu membuat permohonan maaf dalam sidang media susulan video tular berhubung kenyataannya yang mengaitkan Melayu malas sehingga mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai.

Baca Lagi:
Kedai Shawarma populor di Bukit Bintang kena ‘rush’ dengan pihak imigresen, pekerja restoran kena angkut
Instagram Hans Isaac ‘diserang’ peminat gesa baiki segera padang SNBJ sebelum final Piala Malaysia 8 Disember
‘Guard’ wanita viral di HRPB Ipoh tersenarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada YDP Agong
CATEGORIES