Makcik Kemboja buat sidang media, minta maaf kepada semua warga Malaysia, bangsa melayu

Makcik Kemboja buat sidang media, minta maaf kepada semua warga Malaysia, bangsa melayu

Makcik Kemboja buat sidang media, minta maaf kepada semua warga Malaysia, bangsa melayu.

Seorang usahawan yang dilabel netizen sebagai Makcik Kemboja, akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas kecoh beberapa hari ini isu yang berkait dengannya.

Wanita yang bernama Mariyah Yaakob mengakui khilaf dan terlanjur kata-katanya sehingga mengguris hati rakyat Malaysia.

Makcik Kemboja buat sidang media, minta maaf kepada semua warga Malaysia, bangsa melayu

Kepada seluruh rakyat Malaysia dan warga Johor, tujuan sidang media ini diadakan sebagai permohonan maaf secara terbuka bagi pihak saya Mariyah Yaakob, dan pihak syarikat.

“Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan bangsa Melayu termasuk warga Kemboja yang terguris dengan kata-kata saya. Saya nak minta maaf atas khilaf dan keterlanjuran kata-kata,” katanya.

Usahawan terbabit mendakwa video yang tular itu dibuat untuk meningkatkan motivasi kepada masyarakat.

“Sejujurnya jauh di sudut hati saya tak ada sedikit pun mahu menghina mana-mana bangsa sebaliknya 100 peratus untuk motivasi,” katanya.

Sementara itu, Mariyah enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan pihak syarikat tidak mencarumkan KWSP dan Perkeso pekerja. Sebaliknya, dia hanya meminta individu yang terkesan tampil membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Dalam pada itu, anak kepada Mariyah, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam turut mengakui kekhilafan berhubung isu yang sedang melanda.

“Saya akui kesilapan saya dan akan bertindak lebih matang selepas ini. Harap kita boleh hentikan perkara ini,” katanya.

Sabtu lalu, bekas pekerja menyahut cabaran datang ke kilang wanita itu untuk bersemuka dengan anaknya. Bagaimanapun, dia mendakwa telah dihalang untuk masuk ke pekarangan kilang tersebut.

Baca Lagi:
Peniaga hidang kopi ‘Joss’ boleh didenda RM10,000 atau penjara
Polis Johor nafi ‘escort’ Makcik Kemboja keluar kilang selepas diserbu
Akhirnya terjawab juga, Alif Teega mengaku ada isteri kedua
CATEGORIES