Dengan peningkatan harga barang semasa, pengusaha kantin antara yang terjejas teruk dalam meraih pendapatan mereka. Jadi, setiap sen dalam transaksi akan dihitung oleh mereka bagi melancarkan operasi seharian.
Baru-baru ini, tular satu rakaman di TikTok yang menunjukkan seorang mak cik kantin yang menegur tindakan seorang cikgu yang menjual pelbagai jenis makanan di sekolah.
Menerusi rakaman video itu, kelihatan pelbagai seleksi makanan yang dijual termasuklah spageti, bihun goreng, roti john, nasi lemak dan sebagainya. Harga setiap satu daripadanya juga agak murah sekaligus memberi saingan sengit kepada pengusaha kantin di situ.
Dalam masa itu, wanita berkenaan turut meluahkan kekecewaan dengan ‘saingan’ yang diberikan oleh pendidik walhal sekolah sudah menyediakan kantin untuk pelajar membeli makanan dan minuman.
“Saya diam bukannya saya tak tahu, tapi saya malas nak berdepan dengan cikgu. Tapi cikgu buat lagi macam ni. Mereka ni semua ada suntikan ke?,” soalnya kepada pelajar dan cikgu yang mengendalikan perniagaan tersebut.
Guru itu kemudian menjawab makanan itu dijual kerana berlangsungnya hari sukan di sekolah. Namun, mak cik kantin, menepis jawapan itu dengan mendedahkan dia sentiasa melihat makanan itu dijual pada setiap hari.
@kim_selat Pelik Betul Lah, Pihak Sekolah Dan Pengetua Tak Ambil Tahu Ke Tentang Masalah Ni, Mana Boleh Cikgu-Cikgu Berniaga Dekat Sekolah, Kan Dah Ada Kantin, Banyak Gila Pulak Tu Jual Barangan Makanan/Minuman, Apa Guna Ada Kantin, Kalah Cikgu Pulak Yang Nak Berniaga.? Baik Tak Payah Buka Kantin, Teruk Sangat Dah Ni, Sekolah Mana Lah Ni, Harap Pihak Berwajip Mengambil Tindakan Sewajarnya, Kesian Owner Kantin.. #fypppppppppppppppppppppp #malaysia #videoviral ♬ original sound – 카이릴 이즈완
Mak cik kantin sekali lagi mempersoalkan tindakan itu kerana ada pekeliling menyatakan guru sekolah tidak boleh menjalankan perniagaan dalam waktu persekolahan. Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen berpihak kepada mak cik kantin kerana dia dilantik untuk menyediakan makanan dan minuman buat pelajar melalui tender.
Sementara guru-guru yang berkaitan sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan pengusaha kantin dalam menentukan penjualan pilihan juadah supaya boleh berlaku adil.