Makcik jual nasi lemak menangis dapat duit palsu RM150

Photo of author

By Syima Iza

Makcik jual nasi lemak menangis dapat duit palsu RM150.

Seorang wanita tidak menyangka niat baiknya untuk membantu seorang pelanggan bank berakhir dengan episod duka apabila dia menerima wang palsu, yang kemudiannya meraih simpati orang ramai.

Kejadian itu dikongsi oleh pengguna TikTok, Azzaly82, yang memberitahu bahawa seorang lelaki sedang membuat deposit tunai di sebuah bank, namun gagal selepas beberapa kali mencuba.

Makcik jual nasi lemak menangis dapat duit palsu RM150

Lelaki itu kemudiannya meminta bantuan wanita yang berada di belakangnya untuk menukar wang sebanyak RM150. Setelah transaksi selesai, lelaki tersebut beredar, dan giliran wanita tersebut pula untuk melakukan transaksi deposit tunai. Namun, wanita itu turut gagal dalam percubaannya.

Seorang penghantar makanan yang kebetulan berada di situ mendekati wanita tersebut dan menawarkan bantuan untuk memeriksa wang berkenaan. Setelah pemeriksaan dilakukan, didapati bahawa wang kertas tersebut adalah palsu.

“Duit itu palsu kerana tiada bayang gambar Agong. Mak cik tersebut menangis kerana dia hanya ada RM300 hasil jualan nasi lemak pagi tadi, yang hendak diberikan kepada anaknya yang menuntut di universiti,” kata Azzaly82 dalam perkongsian videonya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan mengecam tindakan individu yang menipunya. Mereka juga berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sekiranya terdapat unsur penipuan dalam kejadian itu.

“Kasihan pada mak cik itu, pengajaran juga untuk kita semua, jangan sesekali terperdaya seperti mak cik itu,” ujar Cik an.

“Semoga mak cik itu buat laporan polis. Polis boleh semak CCTV (televisyen litar tertutup) di bank dan kesan siapa individu tersebut. Semoga urusan mak cik dipermudahkan,” kata Wneeda.

“Minta pihak bank periksa akaun lelaki itu. Ada rekod dalam transaksi, pihak bank mesti boleh periksa. CCTV juga ada bukti untuk laporan polis,” tambah Es.

Kejadian ini menimbulkan kesedaran tentang pentingnya ketelitian dalam transaksi wang dan menjadi pengajaran bagi orang ramai untuk lebih berhati-hati agar tidak terperdaya dengan taktik penipuan.

@azzaly82 #CapCut #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fyp #fy ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Baca Lagi:
Hilang gaji RM783 juta setahun, gaya hidup mewah Neymar bakal berakhir
Pernah buat khidmat seks dan tidur lebih 10 lelaki, wanita ini mahu bertaubat tapi takut kisah lama didedah kepada bakal suami
Warganet terkejut lihat wajah sebenar Alan Walker ketika makan di kedai Uncle Roger