‘Mak saya setiap hari keluar ‘dating’ dengan ayah saya’ – Anak nafi ND Lala nikah lagi

Photo of author

By Syima Iza

‘Mak saya setiap hari keluar ‘dating’ dengan ayah saya’ – Anak nafi ND Lala nikah lagi. “Saya baru tahu mengenai gosip ini. Kami di rumah baik-baik saja. Mak saya setiap hari keluar ‘dating’ dengan ayah saya,” kata Syada Amzah.

Adik kepada Shila Amzah itu berkata demikian sekali gus menafikan dakwaan bapanya yang juga penyanyi dan pelakon era 80-an, ND Lala bernikah lagi secara rahsia.

Syada berkata, sehingga hari ini bapanya masih tinggal sebumbung dengan ibunya, Fauziah Sarman dan hampir setiap hari keluar bersama.

'Mak saya setiap hari keluar ‘dating’ dengan ayah saya' - Anak nafi ND Lala nikah lagi

“Saya tak rasa bapa saya berkahwin lagi satu sebab mereka masih tinggal sebumbung dan kalau keluar pun mesti satu kereta.

“Saya minta simpang benda ini berlaku sebab takut bila ramai sangat yang buat andaian boleh jadi satu doa,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Menurut Syada, di sebalik gosip yang timbul dia dan seluruh ahli keluarganya tidak terkesan kerana sudah lali dengan kehidupan dunia seni.

“Cerita gosip ini dari kecil lagi memang selalu terpalit. Macam-macam cerita keluar dan kami sendiri ada yang baru tahu.

“Secara peribadi, saya tak rasa keluarga saya terkesan dengan apa saja gosip melainkan benda itu benar-benar terjadi,” katanya.

Ditanya mengenai perkongsian ibunya di Instagram yang mempunyai maksud mendalam, Syada berkata, ibunya gemar berkongsi perkataan yang tersirat.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia sehingga ada yang mendakwa individu itu adalah ND Lala.

Difahamkan, isteri barunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit.

Baca Lagi:
Exco Terengganu didakwa ‘perlekeh’ menu Rahmah dikecam hebat warganet
Kecoh artis lelaki era 80-an bernikah lagi satu, nama ND Lala ‘dipetik’ netizen
Lima lelaki belasah pemandu lori sampai mati kerana dendam, cemburu