Mak mentua ‘kantoi’ kangkang atas nasi tengah berasap, sihir menantu jadi ‘Pak turut’.
Bukan kisah rekaan seperti dalam filem tetapi ia realiti yang berlaku terhadap seorang wanita yang menjadi mangsa sihir ibu mentua sendiri.
Menerusi rakaman yang tular di TikTok, wanita dikenali sebagai Ain itu rupanya menjadi ‘bodoh’ dan mengikut kata-kata ibu mentuanya sebelum ini kerana telah disihir.
Perbuatan wanita itu kantoi selepas Ain secara kebetulan pulang ke rumah pada waktu tengah hari kerana tertinggal telefon bimbit.
Dah sampai rumah, dia nampak mak mentua mengangkang atas nasi tengah berasap. Terus dia tersedar rupanya dia diperbodohkan selama ini.
Sebelum dia menyedari tindakan ibu mentuanya, Ain menjadi ‘pak turut’ dan memberikan apa sahaja yang diminta wanita tersebut termasuklah duit simpanan.
@rawatanislamusthasnan SIHIR NASI KANGKANG #rawatanislamnegerisembilan #rawatanarsyifa #rawatanislamalmustakim #rawatanislam ♬ suara asli – ♓©️♓🅰️Ⓜ️🅰️®️🅰️¹¹
Bukan seratus dua ratus dia minta. 50K sekali minta sampai dia (mentua) suruh gadai gelang emas dan kereta untuk bagi kat dia.
Video itu mengundang simpati warganet terhadap Ain yang menjadi mangsa ibu mentua sendiri dan sesetengah individu turut berkongsi pengalaman mereka terkena perbuatan sihir.