“Mak dukung adik yang berumur lima tahun, ibu saudara dukung saya” – Mangsa tsunami kongsi kisah lama raih perhatian

“Mak dukung adik yang berumur lima tahun, ibu saudara dukung saya” – Mangsa tsunami kongsi kisah lama raih perhatian

“Mak dukung adik yang berumur lima tahun, ibu saudara dukung saya” – Mangsa tsunami kongsi kisah lama raih perhatian.

Tragedi tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 masih lagi segar dalam ingatan rakyat negara ini.

Terbaharu, salah seorang mangsa yang terselamat, Amira Noordin, 26, tular selepas dia mengimbas semula tragedi itu di media sosial.

"Mak dukung adik yang berumur lima tahun, ibu saudara dukung saya" - Mangsa tsunami kongsi kisah lama raih perhatian

Sebelum tsunami melanda, Amira berkata dia melihat perubahan air laut namun sama sekali tidak menyangka ia merupakan satu bencana yang boleh meragut nyawa.

“Saya merupakan anak nelayan, umur tujuh tahun ketika tsunami 2004 berlaku. Rumah kami di Kampung Bagan Jermal dekat Gurney Drive dibina atas air di persisiran pantai. Apabila air pasang dan dibadai ombak, memang air masuk bawah rumah. Kami dah biasa situasi itu.

“Tengah hari sebelum tsunami, air laut tiba-tiba surut, ikan bergelimpangan tapi kami tak terfikir tentang bencana. Perkataan tsunami pun tak tahu. Apabila ombak datang, kami perasan garisan ombak halus dari jauh. Nampak cantik, tapi ia berwarna hitam.

“Apabila ombak makin dekat, bunyi bertambah kuat. Masa tu baru sedar ia bukan ombak biasa. Jadi kami terus lari. Mak dukung adik yang berumur lima tahun. Ibu saudara dukung saya. Kami jatuh dalam longkang masa lari, tapi selamat sebab berpaut pada penghadang longkang,” imbasnya.

Tambah Amira ketika dihubungi mStar, neneknya yang dipanggil maktok turut terkena serangan jantung ketika tsunami melanda, namun dia bersyukur semua ahli keluarganya terselamat dalam bencana itu.

“Semasa di dalam longkang, kami tertelan air laut yang berselut. Kami tak nampak longkang sebab ia ditutup dengan selut yang dibawa tsunami. Masa tu maktok berpaut pada batang kayu rumah jiran sampai kena serangan jantung.

@dulanghantaranbyzamaira Replying to @ZQusyairi Empire Experience dari seorang yang penah kena Tsunami 2004 🥹 #tsunami #tsunami2004remember #sunami #tsunamiaceh2004 #fyp ♬ Sad and lonely – MoppySound

“Mujurlah ada jiran datang selamatkan kami. Alhamdulillah, keluarga saya semua selamat. Maktok sekarang dah umur 70 lebih. Selepas 19 tahun, kami masih bercerita tentang tsunami kalau duduk berborak. Sedih bila ingat balik,” ujarnya lagi.

Menurut Amira, dia sekeluarga masih tinggal di rumah yang sama selepas kejadian tsunami dan hanya berpindah apabila kawasan tersebut terlibat dalam projek pembangunan pada tahun 2013.

“Lepas kejadian, kami masih tinggal di sana dan hidup dengan laut. Memang trauma pada awalnya. Dengar bunyi ombak pun takut. Tidur asyik terjaga. Tapi kami adapt dengan ketakutan sebab tiada pilihan lain. Kalau ada gempa bumi, kami menangis siap-siap, takut tsunami datang.
“Kami kekal menetap di situ sebab rumah tak musnah, cuma masuk air saja ketika tsunami. Masa tahun 2013 baru kami pindah untuk beri laluan kepada pembinaan. Rumah baru terletak berdekatan rumah lama. Saya pula menetap di Bertam selepas kahwin,” ujarnya lagi.

Amira yang kini mengusahakan perkhidmatan sewa dulang hantaran tidak menyangka perkongsiannya tentang tsunami akan meraih perhatian netizen di aplikasi TikTok.

Untuk rekod, kira-kira 230,000 orang maut dalam gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004, menjadikannya salah satu bencana paling maut dalam sejarah moden.

Bencana itu turut melanda beberapa kawasan di Malaysia seperti Langkawi, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor.

Baca Lagi:
Duit perbelanjaan dapur di gunting anak, ibu tampal semula guna pita pelekat
Satu bas bau durian! Penumpang wanita campak durian keluar selepas ditegur pemandu bas
Samada ‘ganja’ boleh digunakan dalam perubatan atau tidak, KJ serah Menteri Kesihatan baharu buat keputusan
CATEGORIES