Majlis persandingan bertukar kecoh apabila pengantin lelaki dipeluk wanita berjubah dan purdah

Photo of author

By Syima Iza

Majlis persandingan bertukar kecoh apabila pengantin lelaki dipeluk wanita berjubah dan purdah. Sudah menjadi resmi manusia, pasti menginginkan sesebuah majlis yang dijalankan berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.

Apatah lagi jika majlis tersebut merupakan acara yang besar seperti hari persandingan dan pernikahan.

Namun, pasti akan berasa terkejut jika di saat hari yang sepatutnya menjadi bahagia bertukar tegang dan duka apabila muncul ‘orang ketiga’ yang datang dan membuat onar di majlis tersebut.

Majlis persandingan bertukar kecoh apabila pengantin lelaki dipeluk wanita berjubah dan purdah

Majlis persandingan bertukar cemas seketika
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah majlis persandingan sepasang kekasih bertukar menjadi cemas buat seketika.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ifah_hennaart, kelihatan pasangan mempelai itu sedang berdiri di atas pelamin sambil menunggu ahli keluarga dan tetamu yang hadir naik ke atas untuk sesi bersalaman.

Wanita berjubah dan purdah datang peluk pengantin lelaki
Bagaimanapun, ketika seorang wanita yang memakai jubah dan purdah menaiki pentas untuk bersalaman, dia secara tiba-tiba memeluk pengantin lelaki tersebut.

Susulan kejadian itu, suasana di majlis berkenaan terus bertukar menjadi panik dengan ibu bapa dan ahli keluarga pengantin lelaki meminta wanita itu untuk melepaskan pelukannya.

Dalam video sama, pengantin perempuan pula dilihat terduduk dan terkedu selepas terkejut melihat suami kesayangan dipeluk wanita lain.

Ternyata seorang lelaki yang ‘prank’ rakan baiknya
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu wanita terbabit membuka purdahnya dan ternyata sosok tubuh itu milik seorang lelaki yang dipercayai kawan baik kepada pengantin lelaki itu.

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan oleh lelaki itu kerana ingin ‘prank’ sahabatnya itu di hari persandingannya.

Selepas mengetahui identiti sebenar wanita berpurdah tersebut, suasana yang tadinya panik bertukar menjadi ceria dan dipenuhi gelak tawa.

Raih pelbagai reaksi dan rata-rata orang terhibur
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi terhadap video berdurasi 30 saat itu.

Malah, mereka turut terhibur dengan ‘prank’ yang dilakukan oleh kawan baik pengantin lelaki terbabit.

Baca Lagi:
Kecoh mak nyah panjat tiang bendera sambil dedah dada, anggota polis terpaksa tarik kaki bawa turun
Kokurikulum: KPM beri kelonggaran pelajar pakai baju sukan buat ibubapa yang tidak mampu
Budak 11 tahun lemas di kolam renang ketika penjaga asyik main telefon bimbit