Majlis pengebumian jadi huru-hara, sami bertumbuk rebut kerusi

Photo of author

By Syima Iza

Majlis pengebumian jadi huru-hara, sami bertumbuk rebut kerusi. Sebuah majlis pengebumian di wilayah Surin, Thailand terganggu akibat pergaduhan melibatkan dua sami Buddha yang bertumbuk kerana berebut kerusi, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu di Wat Pho Sri Sawang Arom, beberapa sami dan ahli keluarga si mati sedang melakukan ritual keagamaan.

“Saya sedang duduk di kerusi barisan hadapan. Saya tidak pasti apakah punca pergaduhan itu.
“Saudara si mati terpaksa campur tangan dan menghentikan pergelutan mereka. Selepas insiden tersebut, sami yang memulakan pergaduhan diarah membubarkan dirinya sebagai sami di sebuah tokong di bandar,” kata pemangku ketua wat tersebut, Phra Toi Kan.

Majlis pengebumian jadi huru-hara, sami bertumbuk rebut kerusi

Sementara itu, salah seorang sami yang terlibat dalam pergaduhan itu, Phra Ongart berkata, kerusi untuk sami disediakan dalam dua baris oleh keluarga si mati.

Seorang sami lain mengarahkan Phra untuk duduk di kerusi barisan hadapan memandangkan tiga kerusi lain di bahagian belakang telah diduduki sami lain.

Ketika mahu duduk, seorang sami yang dalam keadaan marah bertanyakan kepadanya: “Sudah berapa lama anda ditauliahkan (menjadi sami)?”

Dia kemudian menyerang Phra dan memandangkan saiz badannya yang lebih besar, Phra tidak dapat melawannya serta ditumbuk berkali-kali oleh sami tersebut.

Dia juga hampir menghempas sebuah kerusi ke atas Phra, namun sempat dihalang oleh keluarga si mati.

Sami tersebut dilaporkan telah dihukum dengan dilucutkan pentauliahannya sebagai sami serta perlu kembali menjadi orang awam.

Baca Juga :

Bekas ahli Parlimen ditembak mati secara ‘LIVE ‘ di TV
‘Kalau 80k saya dah pakai kereta 500k 600k dah’ – Faizal sangkal dakwaan gaji RM80,000 sebulan
Letak harta atas nama ibu, bekas isteri Hakimi gigit jari