Majlis berbuka puasa terpanjang di dunia, sepanjang 1,200 meter dihadiri 8,000 orang

Majlis berbuka puasa terpanjang di dunia, sepanjang 1,200 meter dihadiri 8,000 orang

Majlis berbuka puasa terpanjang di dunia, sepanjang 1,200 meter dihadiri 8,000 orang. Arab Saudi menjadi penganjur majlis berbuka puasa terpanjang di dunia sepanjang 1,200 meter dan dihadiri lebih 8,000 warga Indonesia di bandar Padang, Sumatera Bara kelmarin, lapor portal berita Arab News.

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi yang diwakili oleh atase agama di Jakarta telah menganjurkan iftar di beberapa bandar di Indonesia, demikian menurut Saudi Press Agency (SPA).

Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah dan Atase Agama, Ahmed bin Isa Al-Hazmi menghadiri majlis itu yang turut disertai oleh beberapa ahli politik, pemimpin pertubuhan Islam dan ketua universiti.

Majlis berbuka puasa terpanjang di dunia, sepanjang 1,200 meter dihadiri 8,000 orang

Ansharullah berkata, pemerintah Indonesia akan memohon supaya majlis itu diktiraf oleh Guinness World Records.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota negara itu, Putera Mohammed kerana kemurahan hati mereka.

Gabenor itu berkata, majlis itu akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Baca Lagi:
Jururawat kongsi pengalaman jadi ‘Sugar Baby’ jana pendapatan sehingga RM12,000 sebulan
Lelaki jujur pulangkan wang RM9,697 yang ditemui di mesin ATM kepada pemiliknya
Respon win Siti Nurhaliza kepada Aliff Syukri buat ramai terhibur
CATEGORIES