Mahu berehat dan hidup tenang, wanita 38 tahun sanggup jadi penghuni rumah warga tua

Photo of author

By Syima Iza

Mahu berehat dan hidup tenang, wanita 38 tahun sanggup jadi penghuni rumah warga tua.

Seorang wanita di China menjadi perhatian ramai kerana menetap di rumah jagaan warga emas meskipun dia baru berusia 38 tahun, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Wanita yang dikenali sebagai Yang itu, sebelum ini bekerja sebagai penulis skrip dalam industri televisyen dan filem selama 11 tahun. Jadual kerja dan gaya hidup yang terlalu sibuk menyebabkan kesihatan Yang merosot, sehingga dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit.

Mahu berehat dan hidup tenang, wanita 38 tahun sanggup jadi penghuni rumah warga tua
Gambar hiasan

Selepas mendapat nasihat doktor supaya berehat dan hidup dengan lebih tenang, Yang membuat keputusan untuk tinggal di rumah jagaan warga tua Yisenlin di Bandar Jilin.

“Terdapat dua sebab mengapa saya memilih rumah jagaan warga emas berbanding hotel. Pertama, saya ingin tahu mengenai premis berkenaan dan mahu melihat sendiri keadaannya.

“Sebab kedua adalah kerana saya sakit dan berharap mempunyai tempat untuk mendapatkan rehat secukupnya, akses penjagaan kesihatan, dan makanan yang sihat,” kata Yang yang tinggal sebatang kara.

Selepas menghabiskan masa selama tiga bulan di rumah jagaan dan hidup dikelilingi warga emas yang berusia sehingga 102 tahun, Yang mengaku bahawa dia akhirnya melihat kehidupan dalam perspektif baharu.

Mahu berehat dan hidup tenang, wanita 38 tahun sanggup jadi penghuni rumah warga tua

“Saya tidur sekitar pukul 9 malam dan bangun awal. Saya membaca buku, menulis novel, dan mengarang memoir untuk penghuni di sini. Saya tidak berasa kesepian atau bosan berada di sini,” ujarnya.

Ditanya sama ada dia merancang untuk tinggal di rumah persaraan itu sepanjang hayatnya, Yang berkata bahawa dia bercadang untuk pergi pada satu ketika, tetapi tidak tahu dengan tepat bila keadaan itu akan berlaku.

Baca Juga:
Ramai yang masih tak tahu guna lipstick ‘tester’ boleh sebabkan Oral Herpes, ini sebabnya..
Penyanyi Nora Ariffin diceraikan suami talak satu menerusi rakaman video
Tak puas hati harga makanan, pelanggan tarik rambut peniaga