Mahu bantu Palestin, bekas Mufti lelong jam Rolex kesayangan dengan harga tapak RM40,000, tak sampai 4 jam bidaan cecah hampir RM100,000

Mahu bantu Palestin, bekas Mufti lelong jam Rolex kesayangan dengan harga tapak RM40,000, tak sampai 4 jam bidaan cecah hampir RM100,000

Mahu bantu Palestin, bekas Mufti lelong jam Rolex kesayangan dengan harga tapak RM40,000, tak sampai 4 jam bidaan cecah hampir RM100,000.

Pelbagai cara digunakan masyarakat dunia dalam membantu penduduk Palestin yang berterusan berdepan kekejaman rejim Zionos.

Terbaharu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga tidak ketinggalan untuk menghulurkan bantuan dengan melelong seutas jam tangan mewah miliknya dengan harga tapak RM40,000.

Kata Zulkifli, keseluruhan hasil jualan jam tangan Rolex yang merupakan hadiah daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu akan didermakan kepada rakyat Palestin.

Mahu bantu Palestin, bekas Mufti lelong jam Rolex kesayangan dengan harga tapak RM40,000, tak sampai 4 jam bidaan cecah hampir RM100,000

“Dengan menjunjung titah dan meraikan kesungguhan kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan bilion dollar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan ini.

“Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana. Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen. Kenaikan bermula RM100 ke atas,” tulisnya di laman X pada Isnin.

Menjelaskan lanjut tentang jam berkenaan, beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama berkata aksesori mewah itu merupakan pemberian cenderamata kiriman Raja Salman Abdulaziz pada 2017 ketika berkunjung ke Malaysia.

Namun dia hanya membuka kotak hadiah berkenaan selepas melepaskan jawatan menteri pada 2021.

“Apabila saya meletakkan jawatan sebagai menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya.

“Di sana, barulah saya membukanya dan memakainya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi.

Sehingga berita ini disiarkan, bidaan jam tersebut sudah mencecah angka RM95,000.

Difahamkan, beliau akan menutup bidaan pada Selasa.

Baca Lagi:
Kecoh siling Megah Rise Mall runtuh, 3 pengunjung cedera
Selepas dituduh sokong Israel tekan butang likes pada posting ‘I Stand With Israel’, ini penjelasan pemain badminton negara…
Lelaki kongsi pengalaman tunai umrah naik motosikal Yamaha FZ150 sejauh 18,000km ke Makkah
CATEGORIES