Mahasiswa Indonesia hina Malaysia mohon maaf secara terbuka selepas netizen dedah dia belajar di UTP

Photo of author

By Syima Iza

Mahasiswa Indonesia hina Malaysia mohon maaf secara terbuka selepas netizen dedah dia belajar di UTP.

Kecoh di media sosial apabila seorang mahasiswa asing dari Indonesia yang menuntut di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) menjadi tumpuan selepas mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang dianggap menghina rakyat Malaysia.

Akaun media sosial X yang didakwa milik pelajar tersebut telah dipadam. Difahamkan, mahasiswa Indonesia di UTP ini memuat naik komen yang bersifat provokatif dan merendahkan budaya serta bangsa Malaysia.

Mahasiswa Indonesia hina Malaysia mohon maaf secara terbuka selepas netizen dedah dia belajar di UTP

Hal ini telah mencetuskan kemarahan netizen, khususnya di kalangan rakyat Malaysia.

Pada 4 November 2024, seorang pengguna media sosial bernama Ian (@LANZAINAL) membuat ciapan yang mengecam pelajar ini dan meminta bantuan warga UTP untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Ciapan ini mendapat perhatian meluas dengan lebih daripada 760,000 tontonan serta ribuan ciapan balas dan tanda suka.

Ramai netizen Malaysia menganggap tindakan pelajar tersebut sebagai biadab dan tidak menghormati negara yang menjadi tempat beliau menimba ilmu.

Setelah menerima kecaman dan desakan agar tindakan tegas diambil, pelajar tersebut, yang identitinya terdedah dan digelar dengan nama Rio Rezky Seleng, tampil memohon maaf secara terbuka pada 9 November 2024.

Melalui beberapa siri ciapan, beliau mengakui kesalahannya dan menyatakan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia serta semua pihak yang terkesan.

Beliau juga menyatakan harapannya agar permohonan maaf itu diterima dan berjanji untuk lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial pada masa hadapan.

Namun, tindakan Rio ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang beranggapan permohonan maaf tersebut sekadar ‘damage control’ atau usaha untuk meredakan kemarahan umum, manakala ada juga yang menuntut UTP untuk mengambil tindakan disiplin bagi memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar lain supaya lebih menghormati budaya dan negara orang.

Namun nasi sudah jadi bubur, tindakan beliau yang tidak menghormati negara tempat beliau belajar telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Melalui tangkap layar yang lain, difahamkan bahawa tindakan beliau telah dilaporkan kepada pihak UTP dan mereka menyeru agar pihak universiti mengambil tindakan tegas terhadap pelajar tersebut.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi oleh pengguna di Facebook, pihak UTP telah memberi respons terhadap aduan itu.

Mereka memaklumkan sedang menyiasat perkara tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Walaupun UTP belum mengeluarkan kenyataan rasmi, komitmen mereka untuk menyelesaikan isu ini mendapat reaksi positif daripada netizen.

Baca Juga:
Pernah buat khidmat seks dan tidur lebih 10 lelaki, wanita ini mahu bertaubat tapi takut kisah lama didedah kepada bakal suami
Tesla tawar RM10,000 galak rakyat Malaysia beralih kepada EV
PMX kongsi gambar di Instagram, netizen komen suruh berehat seminggu