Macam tak percaya, ini tempat air terjun paling tertinggi di dunia

Photo of author

By Syima Iza

Macam tak percaya, ini tempat air terjun paling tertinggi di dunia.

Ramai antara kita menggemari air terjun, bukan? Keindahan alam semula jadi di kawasan ini memang menenangkan.

Bahkan, kawasan air terjun sering menjadi pilihan untuk “healing” atau terapi diri.

Macam tak percaya, ini tempat air terjun paling tertinggi di dunia

Tidak hairanlah ramai pengunjung suka mengabadikan gambar air terjun sebagai kenangan.

Namun, pernahkah anda terfikir di mana terletaknya air terjun tertinggi di dunia?

Ramai mungkin tidak menyangka bahawa air terjun tertinggi bukanlah di darat, tetapi terletak di dalam laut.

Mungkin kedengaran pelik, tetapi itulah hakikatnya. Bagaimana air terjun tertinggi boleh berada dalam laut?

Justeru, SK hari ini ingin berkongsi satu hantaran menarik daripada pengguna Facebook, Zunita Ramli, yang menjelaskan lebih lanjut tentang fenomena ini.

Ramai mungkin tidak tahu, air terjun paling tinggi di dunia bukan di daratan, sebaliknya berada di dalam laut. Denmark Strait merupakan air terjun tertinggi di dunia dengan kedalaman 3,500 meter di bawah permukaan laut. Menakjubkan, bukan?

Selain di Denmark Strait, sebenarnya banyak “air terjun bawah laut” wujud, dan salah satunya terletak di utara Pulau Yaeyamas, wilayah Okinawa, Jepun. Dikelilingi air jernih berwarna biru, air terjun bawah laut ini terbentuk daripada gunung berapi yang telah tenggelam ke dasar laut, menghasilkan jurang dalam laut dan mencipta fenomena ajaib ini.

Satu lagi “air terjun bawah laut” yang popular terletak di Mauritius, iaitu Alexandra Falls, dengan “ketinggian” 700 meter di bawah paras laut.

Saya percaya, alam bawah laut penuh dengan misteri yang masih banyak belum diterokai. National Ocean Service (NOS) juga mengakui bahawa air terjun terbesar di dunia terletak di bawah Selat Denmark, iaitu selat yang memisahkan Iceland dan Greenland.

Macam tak percaya, ini tempat air terjun paling tertinggi di dunia

Di dasar selat ini, terdapat beberapa siri air terjun bawah laut yang bermula pada kedalaman 2,000 kaki di bawah permukaan dan jatuh hingga 10,000 kaki di hujung selatan Greenland, menjadikannya hampir dua batu dalam,” jelas NOS.

NOS juga menjelaskan bahawa fenomena ini berlaku kerana air sejuk lebih padat daripada air panas. Di Selat Denmark, air sejuk dari Laut Nordic mengalir ke selatan dan bertemu dengan air yang lebih panas dari Laut Irminger.

Air sejuk yang lebih padat ini tenggelam dengan cepat di bawah air panas dan mengalir menuruni cerun dasar laut, menghasilkan aliran menurun yang dianggarkan melebihi 123 juta kaki padu setiap saat. Namun, disebabkan air terjun ini berada di bawah permukaan laut, ia tidak dapat dilihat secara langsung tanpa bantuan alat saintifik canggih,” tambahnya.

Baca Juga:
Perlawanan bola sepak club Newcastle ditangguh, stadium ‘ditelan’ bumi
Ramai tak tahu, rupanya ada 5 senarai air mineral paling mahal di dunia, satu botol cecah RM52,853
Lepas ni dah tak risau nak makan banyak, Doktor ini ajar cara sebenar masak mee segera yang ramai salah masak selama ini