‘Maafkan saya abang, saya sudah berenang untuk selamatkan abang’

‘Maafkan saya abang, saya sudah berenang untuk selamatkan abang’

‘Maafkan saya abang, saya sudah berenang untuk selamatkan abang’.

Luluh hati seorang suri rumah apabila hanya mampu melihat suaminya dihanyutkan arus deras ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok di sini, pagi tadi.

“Maafkan saya abang, saya sudah berenang untuk menyelamatkan abang kira-kira lima meter daripada pantai,” hanya kata-kata itu yang mampu diluahkan Nora Elina Abdul Khalil, 44, dari Petaling Jaya.

'Maafkan saya abang, saya sudah berenang untuk selamatkan abang'

Suaminya, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok, di sini, hari ini.

Nora Elina berkata, dia ternampak Zulkarnain timbul di permukaan air selang beberapa minit selepas dihanyutkan ombak, kira-kira jam 11.20 pagi.

“Kita mencampakkan pelampung ke arah Zulkarnain yang ketika itu timbul di permukaan air dan saya berenang ke arahnya untuk menyelamatkan dia.

“Ketika berenang ke arahnya, kita juga turut dihanyutkan arus dan berpatah balik semula ke pantai bimbang turut ditenggelamkan ombak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nora Elina dan Zulkarnain Mohamed serta dua anak perempuannya berusia antara 9 dan 11 tahun bercuti ke negeri ini dan mendaftar masuk di sebuah hotel di Batu Burok, Jumaat lalu dan dijangka mendaftar keluar esok.

Nora Elina berkata, sebelum kejadian suaminya sedang bermain ombak ditepi pantai, manakala dia dan dua anak bermain pasir di pantai.

“Seorang pengunjung yang secara kebetulan berada di tempat kejadian turut cuba menyelamatkan Zulkarnain, tetapi gagal dan terus menghubungi pengurusan hotel,” katanya sambil mengharapkan suaminya ditemui dalam keadaan selamat.

Komandan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Yusnizan Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada pengurusan hotel, kira-kira jam 11.30 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Difahamkan, kejadian pengunjung dihanyutkan arus Pantai Batu Burok adalah kes pertama berlaku tahun ini.

Baca Juga:

Pelancong Malaysia kibar jalur gemilang di monumen Taj Mahal kena tegur, dibenarkan keluar selepas mohon maaf
Guru cerita kisah sedih pernah dikurung ibu sakit mental sebelum pergi sekolah buat ramai sebak
Masuk kandang singa untuk ‘selfie’, lelaki maut dibaham
CATEGORIES