Maaf saya tiada video lucah” – Kelly Azman tampil bersuara setelah dikaitkan netizen dengan video ‘pengacara onani’

Maaf saya tiada video lucah” – Kelly Azman tampil bersuara setelah dikaitkan netizen dengan video ‘pengacara onani’

Maaf saya tiada video lucah” – Kelly Azman tampil bersuara setelah dikaitkan netizen dengan video ‘pengacara onani’.

Pengacara versatil, Kelly Azman menafikan sekeras-kerasnya individu yang tular dalam sepotong video aksi lucah merupakan dirinya.

Tegas Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 46, dia tidak pernah terbabit atau terlintas untuk merakamkan aksi memalukan sedemikian.

Maaf saya tiada video lucah" - Kelly Azman tampil bersuara setelah dikaitkan netizen dengan video 'pengacara onani'

“Apabila artikel itu keluar baru-baru ini, netizen terus komen dan DM cakap ‘ini mesti Kelly Azman’.

“Sebut saja pengacara, benda tak elok mesti saja saya. Jadi, jadi annoying apabila berita melibatkan seks dan berita negatif mesti kaitkan dengan saya.

“Jadi saya menafikan sekeras-kerasnya. Itu bukan saya, walau ada unsur-unsur nak kaitkan saya, tapi bagi saya itu tidak betul. Maaf, saya tak pernah ada video lucah,” tegasnya.

Justeru, Kelly memohon orang ramai agar tidak serkap jarang dengan memetik namanya atau mana-mana selebriti tanpa mengetahui usul periksa.

“Netizen lebih arif zaman sekarang ni, apapun, jangan libatkan hal negatif dengan saya. Hati keluarga saya pun perlu dijaga,” tambah Kelly.

Terdahulu, kecoh apabila tular sebuah video yang didakwa milik seorang pengacara merangkap jurulatih zumba sedang melakukan onani di atas katil.

Dalam perkembangan lain, Kelly antara selebriti yang akan terbabit dalam Malaysia Hobby Expo 2023 yang memasuki penganjuran kelima tahun ini.

Malaysia Hobby Expo akan berlangsung pada 2 dan 3 Disember 2023 di MAEPS Serdang dan bakal melibatkan lebih daripada 50 jenis hobi dipamerkan termasuk kereta kawalan radio, koleksi vintaj, sukan lasak, haiwan peliharaan, buku dan majalah serta seni kraftangan.

Setiap pembelian tiket Malaysia Hobby Expo atau Konsert “Passion Of Sound” layak untuk cabutan bertuah yang bernilai RM50,000.

Antara hadiah yang menarik adalah sebuah kereta MYVI fully convert, 2 biji Motorsikal Yamaha LC V8, TV 55’, Playstation dan 10 unit Jam G-shock.

Acara kemuncak yang akan di adakan adalah Konsert “Passion of Sound” yang menampilkan 5 artist tanah air iaitu Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixe dan Hujan.

Baca Lagi:
Sanggup beratur seawal 2 pagi semata-mata nak beli ‘seamless bra’
Kes Altantuya: Sirul dakwa jadi kambing hitam, akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Tinggal anak bawah 10 tahun dalam kenderaan boleh didenda lebih RM600
CATEGORIES