Lumpuh separuh badan, Jay Jay kini semakin pulih

Lumpuh separuh badan, Jay Jay kini semakin pulih

Penyanyi popular, Jay Jay yang lumpuh separuh badan sejak Jun akibat serangan angin ahmar kini menunjukkan perkembangan positif.

Anaknya, Cammy Fauzi berkata, selepas menjalani beberapa sesi rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan, tahap kesihatan bapanya kini semakin pulih.

Ayah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu dan tidak lama selepas itu, kesihatannya kembali merosot akibat diserang angin ahmar.

Lumpuh separuh badan, Jay Jay kini semakin pulih

“Disebabkan serangan tersebut, ayah mengalami lumpuh pada bahagian tubuh di sebelah kanan, sekali gus sukar bergerak.

“Namun selepas mengikut beberapa sesi fisioterapi, tahap pemulihannya nampak semakin positif,” katanya.

Jay Jay atau Mohd. Fauzi Darus, 67, selamat menjalani pintasan jantung akibat saluran tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) akhir bulan lalu.

Penyanyi Joget Angan Tak Sudah itu tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas menjalani prosedur tersebut.

Difahamkan, doktor mendapati ada sesuatu mengganggu saraf otak yang menyebabkan penyanyi itu mengalami angin ahmar buat sementara.

Baca Juga:
‘Ingatkan lembu’ – Abang Bomba kejar unta tersesat di jalan raya raih perhatian
Ketua Polis digantung tugas selepas ‘kantoi’ kemaruk isteri orang
Pasangan kekasih rempuh MPV Polis gara-gara takut ditangkap berkhalwat
CATEGORIES