Lukisan wanita ditemukan semula selepas hilang hampir 100 tahun bikin ramai seram

Photo of author

By Syima Iza

Lukisan wanita ditemukan semula selepas hilang hampir 100 tahun bikin ramai seram.

Lukisan karya pelukis modernis Austria, Gustav Klimt, telah ditemui semula selepas hilang hampir 100 tahun.

Menurut portal Business Insider, rumah lelongan im Kinsky di Vienna mengesahkan bahawa potret Fraulein Lieser telah ditemui semula selepas disembunyikan secara rahsia dalam pemilikan persendirian selama hampir satu abad.

Individu yang dipotretkan dalam lukisan itu merupakan ahli keluarga Lieser, yang dikatakan telah melawat studio Klimt pada tahun 1917, setahun sebelum Klimt meninggal dunia akibat strok. Selepas kematian Klimt, potret itu diserahkan kepada keluarga Lieser. Kali terakhir ia dilihat adalah melalui gambar yang diambil berkaitan pameran Klimt pada tahun 1925.

Lukisan wanita ditemukan semula selepas hilang hampir 100 tahun bikin ramai seram

Potret tersebut kini dirancang untuk dipamerkan di peringkat antarabangsa sebelum dilelong di Vienna pada April. Nilainya dianggarkan mencecah sehingga 50 juta euro (kira-kira RM256.3 juta), menurut rumah lelongan tersebut.

Rumah lelongan itu menyatakan bahawa lukisan berkenaan dijual bagi pihak pemilik persendirian. Walaupun begitu, laporan Observer menyebut tiada bukti menunjukkan bahawa karya itu pernah dirompak, dicuri, atau dirampas secara tidak sah semasa peristiwa Holocaust.

Lukisan Klimt sebelum ini telah dijual dengan harga yang tinggi dalam lelongan. Pada tahun lalu, lukisan Klimt bertajuk Dame mit Fächer (Lady with a Fan) berjaya dijual pada harga AS$108.4 juta (kira-kira RM515.6 juta), menjadikannya karya seni paling mahal pernah dijual di Eropah.

Baca Juga:
Ramai pengguna tidak tahu fungsi ‘Headrest’ yang sebenar, bukan tempat rehat kepala!
Pelakon terkenal ‘Masyuk’ jana pendapatan lebih RM50k sebulan menyamar jadi pengemis
5 Senarai rumah paling mahal pernah dijual di Malaysia, nombor 5 Perdana Menteri pun pernah duduk