Lucinta Luna menyesal tukar alat kelamin, keliru nak pakai telekung atau kain pelikat ketika solat.
Personaliti media sosial popular Indonesia, Lucinta Luna, mengakui bahawa dirinya kini berasa amat menyesal kerana menukar alat kelamin.
Apa yang membuatkan dirinya berasa ‘bodoh’ ialah kini dia menjadi keliru apabila mahu menunaikan ibadah solat kerana tidak tahu sama ada perlu pakai telekung atau kain pelikat. “Saya sedar tentang diri saya tetapi ini adalah penyesalan saya yang luar biasa,” katanya lagi.
Sewaktu dikenakan hukuman penjara empat tahun lalu, dia pernah bertanya kepada ustaz mengenai kekeliruan tersebut.
Lucinta berkata ustaz meminta dia untuk memakai pakaian yang bersesuaian ketika solat serta tidak berhak menghakiminya.
View this post on Instagram