Luahan pemandu bas ini buat ramai sebak, dah 15 tahun tak beraya dengan keluarga

Photo of author

By Syima Iza

Luahan pemandu bas ini buat ramai sebak, dah 15 tahun tak beraya dengan keluarga

Kisah menyayat hati seorang pemandu bas yang tidak pernah pulang beraya bersama keluarga selama 15 tahun mencuit hati netizen. Lelaki berusia 32 tahun ini bekerja sebagai pemandu bas antara bandar dan wilayah demi mencari rezeki.

Menurut laporan WartaKota, Febriana Herani – yang mesra dipanggil Febri – memandu bas antara Wonogiri dan Sumatera, Indonesia setiap kali musim perayaan. Sejak 15 tahun lalu, dia tidak pernah merasai suasana Aidilfitri bersama keluarga di Padegelang, Banten.
Luahan pemandu bas ini buat ramai sebak, dah 15 tahun tak beraya dengan keluarga
Gambar hiasan

Saat takbir berkumandang, Febri masih berada di jalan raya membawa puluhan penumpang agar mereka dapat pulang ke kampung halaman dan meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Febri mengakui bahawa menjadi pemandu bas adalah satu-satunya kemahiran yang dimilikinya, dan pekerjaan ini memberikannya pendapatan yang cukup untuk menyara isteri dan anak-anak di kampung.

Namun, Febri tidak dapat menahan rindu terhadap keluarganya, terutama dua anaknya.

“Sedih, memang sedih, tapi saya terpaksa melakukannya demi kewangan, demi mencari rezeki,” katanya ketika ditemui di Terminal Kalideres, Jakarta Barat, pada hari Isnin.

Bukan hanya dirinya yang merindui keluarga, isterinya juga berasa sunyi setiap kali tiba Hari Raya.

“Apa yang paling menyedihkan, isteri saya kelihatan seperti janda kerana saya tiada di rumah. Jadi, saya sering meminta dia mendoakan saya,” kata Febri, berkongsi rasa sayunya.

Baca Juga:
Pelakon wanita beli kapal layar mewah bernilai lebih RM500k untuk hadiah diri sendiri
Canggih! Lelaki hanya guna tapak tangan bayar di kedai runcit
Warga emas buang najis setiap hari selama 2 tahun dari tingkat apartmen di Kepong