Lori muatan simen rempuh 3 kenderaan, pemandu lori tercampak jatuh jambatan

Photo of author

By Syima Iza

Lori muatan simen rempuh 3 kenderaan, pemandu lori tercampak jatuh jambatan. Sejak awal pagi tadi (14 April), tular di media sosial rakaman kemalangan yang membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan di Kilometer 68.3 (Arah Selatan) laluan Machap ke Simpang Renggam, Johor.

Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan seorang lelaki maut selepas tercampak keluar daripada lori yang dipandunya sebelum jatuh dari jabatan jalan berkenaan.

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan Dua Shoromi Salih berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Muhammad Saifudin Md Lazan berusia 35 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Lori muatan simen rempuh 3 kenderaan, pemandu lori tercampak jatuh jambatan

Kemalangan berpunca daripada rempuhan dengan sebuah treler
Menurutnya, kemalangan berpunca susulan rempuhan dengan sebuah treler muatan simen yang turut melibatkan tiga lagi kenderaan.

Kata Shoromi, seramai sembilan anggota bomba berada di lokasi kejadian bagi operasi menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.10 pagi mengenai kemalangan itu.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan 3 buah kenderaan iaitu lori Scania treler, lori 5 tan jenis Isuzu dan sebuah kereta jenis Honda Civic.

“Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu lori 5 tan jenis Isuzu telah tercampak keluar ke bawah jambatan. Manakala mangsa yang lain dalam keadaan selamat.

@ry_zal7 #fypシ #tiktokmalaysia #raya2023 #inspirasiramadhan ♬ bunyi asal – Ryyyyyzalll7

“PKO bertindak membawa mangsa naik ke atas dengan menggunakan stretcher board dan dipercayai mangsa telah meninggal dunia sebelum PKO tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (14 April).

Jentera FRT digunakan untuk bantu usaha menyelamat
Jelasnya lagi, sebuah jentera FRT turut digunakan bagi membantu usaha menyelamat, manakala mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Berkongsi lanjut, Shoromi berkata operasi tersebut ditamatkan pada jam 3.28 pagi selepas pihak bomba yang bertugas telah memastikan kawasan di sekitar berada dalam keadaan selamat.

Tular rakaman semasa kejadian baru terjadi
Terdahulu, menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ry_zal7, kelihatan buah tembikai yang dibawa oleh lori berkenaan bertaburan di atas jalan.

Dalam video sama, kelihatan juga sebuah kenderaan berwarna putih turut merempuh lori berkenaan sebelum sebuah lagi treler muncul dan melanggarnya.

Baca Lagi:
Kematian yang dicemburui, wanita meninggal dunia di masjid ketika baca al-Quran
Laporan akhir nahas Sabah Air 1976: Ini fakta yang anda perlu tahu
Peniaga nasi berlauk terkenal di Kota Bharu ‘kantoi’ jual nasi bungkus kepada geng plastik hitam