“Lokasi rahsia” Sekumpulan pemandu lori makan musang king percuma tepi lebuh raya

“Lokasi rahsia” Sekumpulan pemandu lori makan musang king percuma tepi lebuh raya

“Lokasi rahsia” Sekumpulan pemandu lori makan musang king percuma tepi lebuh raya.

Tuah menyebelahi sekumpulan pemandu lori apabila mereka diberi peluang menikmati durian dipercayai jenis musang king secara percuma di tepi lebuh raya.

Situasi menarik itu dirakam dalam video berdurasi 32 saat sebelum ia tular di Facebook, selepas dimuat naik oleh Kuah Kacang.

"Lokasi rahsia" Sekumpulan pemandu lori makan musang king percuma tepi lebuh raya

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi tepat ketika pemandu lori tersebut menerima ‘durian runtuh’ berkenaan.

Namun berdasarkan komen orang ramai, ia berlaku di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas).

“Murah rezeki yang tanam durian di situ, semoga sentiasa mengalir pahala buat tuan buah yang tanam,” komen Muhammad Ridzuan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Mohd Syahril.

“Pokok durian tumbuh ini, ada orang makan durian dalam kereta dan campak biji dekat situ. 10 tahun kemudian jadilah pokok yang mengeluarkan hasil,” kongsinya.

Perkongsian video itu telah mendapat sebanyak 6.6 juta tontonan dan 38,000 tanda suka.

Baca Lagi:
Individu tawar RM5 juta untuk bunuh PMX dicekup polis di Kota Bharu
Peniaga hidang kopi ‘Joss’ boleh didenda RM10,000 atau penjara
Sebak..pengantin nikah di sisi jenazah bapa
CATEGORIES