Seekor lipas yang dilihat merayap di dalam sebuah bekas pameran makanan berisi roti sosej di sebuah cawangan kedai roti dan kek terkemuka meraih perhatian di laman media sosial.
Menerusi perkongsian di laman TikTok @Teahcookiessp, perkara tersebut sempat dirakam olehnya, malah pelanggan lain turut berkongsi pernah menjumpai serangga sama di kedai sama.
“Tak pernah tiada binatang, hari itu lalat duduk pusing dalam itu,” kata seorang pengguna.
“Hari itu pun ada jumpa lipas dekat kedai yang sama. Banyak kali dah nampak macam-macam serangga ada dalam tray (dulang). Memang tak beli dah,” ujar Rozie.
Selain itu, ada juga pengguna yang berpendapat, pelanggan yang menjumpai serangga tersebut seharusnya memaklumkan kejadian itu kepada pekerja terlebih dahulu sebelum menularkannya sesuka hati.
“Cawangan mana ini, rakam sahaja. Penat staf buat roti banyak-banyak kena buang. Kalau tegur takpa juga ada inisiatif mereka nak buat roti baru,” kata Ema.
“Benci lah, dah la mengandung memang aku boleh makan roti sahaja. Nasi tak boleh telan, makan roti yang jenis macam ini saja yang boleh,” komen Natashardzn.
“Bukan masalah setiap kedai pun rasanya, ikut tempat lah yang tak jaga kebersihan. Setakat ini beli tak pernah jumpa lagi. Nampak bersih tempat roti itu, lighting (pencahayaan) on point (sesuai), nampak sedap.
@teahx97 🪳 : Roti dalam keadaan baik Tuan !!! #bread #malaysia ♬ original sound – sab🌻